Semalam dan hari ini…segala-galanya berbeza
Semalam…
aku cuba mencatat apa yang ingin buat
ü
Siapkan slaid Human Lifespan Development
ü
Siapkan Reflection Qualitative
ü
Kemaskini Blog
ü
Sedeqah RM 3
ü
Whats up Halaqah Hoyyeah
ü
Hantar mesej kat Kak Malikah
ü
Beli stokin
12 Jam kemudian,
bila dinilai balik
Beli stoking
Siapkan Bab 1 proposal tesis
Alhamdulillah..pencapaian yang baik walaupun dua item tidak
tertunai. Tapi inilah namanya kita merancang Tuhan menentukan
Hari ini
Matlamatku 1: Nak siapkan tesis bab 1(tanpa catatan)
Hasil: Agak hampeh sebab skop kajian tak sempat nak baiki
Kelemahan:Matlamat sikit dan tak spesifik
Refleksi: Niat
bukan hanya terletak di hati, tapi zahirkanlah ia dengan penulisan kerana kita
manusia mudah terlupa.Barangkali terdapat keberkatan dalam menulis atau
mencatat. Jika tidak masakan Allah bersumpah Demi Pena!!.Satu lagi niat tu biar
banyak sebab manusia hakikatnya manusia berpotensi untuk melakukan apa sahaja mengikut
kemahuannya asalkan tidak menyalahi syara’.
“Sesungguhnya amalan itu bermula dengan niat”
Niat adalah sebab utama terzahirnya sesuatu amalan. Baik
amal itu kalau baik niatnya, Jahat amal itu kalau jahat niatnya sekalipun ia nampak
baik
#Semoga kita diberi ilham oleh Allah untuk sentiasa memasang
niat baik di hati kita. Ameen
No comments:
Post a Comment