Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Saturday, 3 December 2022

Politik Malaysia

Siapa aku nak bercakap pasal politik. Aku bercakap bukanlah atas kapasiti sebagai penganalisis politik tetapi lebih kepada kesedaran aku sebagai rakyat marhaen

Korang dah tengok ke barisan kabinet Baharu Anwar Ibrahim tu?😚

Mesti ramai yang tak boleh terima bila Zahid Hamidi ni jadi TPM. Kata nak bawa Malaysia jadi negara berintegriti, bebas rasuah.Tapi..ambik jugak kluster mahkamah jadi menteri.πŸ˜ͺ

Entahlah..Percaturan politik Malaysia bukan sahaja memeningkan πŸ™ƒπŸ™ƒmalah menyakitkan hati

Tapi aku yakin ada kejutan kot 19 disember nanti..Wait and see🍿🍿



Wednesday, 30 November 2022

Digital Detox Day-6


Hello....waksap guys!! (Khairul Ameng style)

Dah masuk hari ke 6 aku off fb.Tapi  terkira sampai 12 hari. Haha. Nampak tak dia punya kebosanan tu. Rasa macam masa tu merayap -rayap je.πŸ˜‚

Apapun..banyak perubahan positif yang aku rasa walaupun kebosanan. Aku lebih fokus pada hidup aku.

Channel you tube yang aku buka pun banyak  berkaitan diri aku.Contohnya macam mana nak urus masa dengan baik bila jadi suri rumah. Lepas tu aku search cara mengajar anak membaca.

Tapi anak aku baru 3 tahun lebih.Bapak dia kalau boleh nak anak dia cepat pandai membaca.Dia tak boleh tengok anaknya bosan. Kalau pandai baca buku, sekurang-kurangnya terisi lah sikit masanya.Katanya..πŸ™„πŸ™„.

Tengah2 aku menaip ni, tiba2 si aufa ni duk memanjat aku.Jadi, terpaksalah aku brenti dulu menulis. 

Jumpa next entri kπŸ˜‰πŸ€™πŸ»

                  gambar sekadar hiasan





Sunday, 27 November 2022

My Housewife life

Bila ada anak kecik ni, waktu diorang tido barulah ibu-ibu surirumah macam aku ni boleh rehat😚😚

Itupun kalau semua kerja rumah dah setel. Tapi kalau tak setel pun, aku akan pilih untuk rehat kalau dah letih sangat. Ya, kita bukan robot.πŸ™ƒπŸ™ƒ

Rumah bersepah sikit tak apa, asalkan mental terjagaπŸ˜…. Masa bujang dulu aku suka buat kerja rumah sambil dengar radio IKIM.

Bahagia sangat bila teringat momen macam tu.Kadang2, bila terdengar pengisian  yang baik, aku akan pause sekejap, buat catatan.

Tapi sekarang tak boleh buat macam tu dah. Siaran radio kat area rumah aku ni hampeh sikit. πŸ˜‘πŸ˜‘Radio lain jelas je, tapi kalau IKIM, hemm..Pasang kat internet pun boleh putus2. Waktu malam je ok sikit.

Almaklumlah..rumah aku kat tepi bukit.Plus bila duk paka ni, kat plant petronas tu, lagilah out line dia.Itulah nasib aku..Hahaha


☝Ni ha bukit bukau tepi rumah aku
.

Nasib baik bukan gunung kilimanjaro. Kalau tak,line internet pun boleh nazak. 

Tapi angin kat rumah aku best.Macam angin pantai. Kalau cuaca panas berangin, dua round pakaian boleh kering kat ampaian.

Itulah serba sedikit pasal hari2ku. Alhamdulillah a'la kulli hal.


#digitaldetoxday4

Post terbaru

Trivia birthday Abi