Thursday, 19 December 2024

Reunion adik beradik

 



Sekarang ni, bila tiba je hari lahir anak aku yang sulong, majlis akan jadi besar.

Bak kata suami aku, birthday Mayra ni dah jadi event tahunan.

Asalnya nak buat kecik2 je, last2 sekali kena jemput semua😅.

Sebab birthday anak aku sama tarikh dengan kematian arwah mak mama.Jadi mama nak buat tahlil juga untuk arwah mak dia. Begitulah ceritanya.

Segala kemeriahan majlis aku kumpulkan kat sini untuk tatapan dan kenangan.



Gambar adik beradik









Thursday, 5 December 2024

Pertandingan Hafazan Online

 

Ini kali pertama aku masuk pertandingan hafazan dalam hidup aku. Sebelum ni aku masuk acara tilawah quran je. Itu pun masa zaman sekolah.

Kali ni aku masuk sebab niat nak jadi contoh pada anak2 aku. Aku cuba je lah. Dah dapat masuk finalis kira nasib baik untuk aku.

Esok pertandingan akhir.Doakan aku guys

---------—----------------------------------

Keesokan harinya...

Bergambar dengan para peserta.Tahniah semua!!


Alhamdulillah.Tak sangka dapat johan..

Tapi aku ni katogeri juz amma dan surah2 pilihan je.. Finalis lain lagi mantap. Ada yang dah hafal 30 juzuk.

Aku anggap ni rezeki Allah semata-mata. Terima kasih ya Allah❤️❤️






Saturday, 23 November 2024

My memori

 Ini kek birthday aku..saje aku letak kat sini. Supaya aku sentiasa mengenang kebaikan dan cinta suami aku


Perkahwinan tak selamanya indah.Pasti ada pasang surutnya. Semoga kebaikan2 kecil pasangan kita bisa menjadikan kita untuk terus teguh bersama walau apa jua rintangan yang dilalui




Monday, 8 July 2024

Rasa bersalah

 Life is not easy. Kadang-kadang kita dah buat sedaya mungkin untuk menguruskan segala-galanya sendiri. Segala-galanya.

Tetapi hakikat manusia itu lemah. Takkan mampu berdiri dengan sendiri. Perlukan kebergantungan dengan orang lain.

Hari ini lama pula rasanya kat klinik.Walaupun tak ramai orang, setiap giliran ibarat kura-kura di perjalanan.

Hatiku diselubungi rasa bersalah, meninggalkan semua anak-anakku di bawah jagaan ibu mertuaku.

Bukan aku tak percaya.Tapi aku kasihan kepada mama.Kudratnya lemah.Bukan mudah menjaga anak kecil.

Harap-harap semuanya dimudahkan Allah  Taala.Hanya kepadaMu aku berserah Ya Allah.

Credited: Tokma dan cucu-cucunya


Friday, 28 June 2024

Offficialy Ibu nak tiga

 



Alhamdulillah..

Tanggal 26 Jun 2024, aku selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga.

Pengalaman bersalin yang ketiga ni memang lain maciam.Sakit tu overload sikit.Walaupun tak induce macam anak nombor satu tapi contraction dia, ma sha Allah, Tabarakallah... Power giler.

Berbanding anak aku yang lain, nak teran yang ketiga ni paling lama.Tapi takdelah lama sangat,mungkin dalam 5-8 minit.

Anak-anakku yang lain teran sekali dua camtu, dah setel.Tapi anak ketiga ni memang tak berjahit langsung.Allah mudahkan kat situ.

Tapi lepas bersalin aku rasa aku terkena rengat.Sakit nya macam senggugut kuat.Aduh!! Memang menduga kesabaran.

Tapi itulah ujian dunia. Di sebalik kesusahan, ada kemudahan.Alhamdulillah a'la kulli hal.

Tapi yang paling gumbira, aku rasa sangat Allah kabul doa2 aku.Start je aku sampai HSNZ, memang semua staf perempuan yang conduct aku dari mula sampai akhir.Alhamdulillah, tak terkena dengan doktor lelaki.

Aku redha je dengan sakit bersalin kaw-kaw.Sakit nombor dua.Yang penting maruah sebagai muslimah terpelihara.

Akhir kata Allah jualah yang maha memelihara.Benarlah kalamNya..Fallahu khairon Hafizho wa huwa Arhamurrohimiin

Tuesday, 4 June 2024

Coretan kehamilan anak ketiga

Hi guys...macam biasa, aku post gambar tulisan aku je dulu..Enjoy the reading...



 




 

 

Sunday, 2 June 2024

Cadangan solusi: Isu wanita bersalin dengan doktor lelaki

 Sekadar pendapat aku tentang isu ini👇👇





Maaf, segala penulisan hanya dibuat dalam bentuk gambar.Bila ada masa sesuai, saya akan taip balik.

Saturday, 1 June 2024

Thursday, 30 May 2024

Aktiviti cuti sekolah

 




Cuti sekolah dah mula.Aku sejenis alergik sikit kalau anak aku asyik tengok tv dari pagi hingga ke petang

Jadi, adalah aku susun sikit aktiviti untuk Mayra dan Aufa.

Simpan kat sini sebagai kenang-kenangan



Maafkan aku Ya Allah



 

Wednesday, 22 May 2024

Hinanya Maksiat Tatkala Bersendirian

 



Fitnah zaman sekarang, terutama dunia maya benar-benar sudah merenggut rasa takut seseorang akan azab Allah. Mereka bersendirian, menggunakan mata, telinga, dan tubuh mereka yang lain untuk merobek tirai ketaatan mereka kepada Allah. Lupakah kita? bahwa Allah Maha Mengetahui atas apa saja yang kita kerjakan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,


يَّسْتَخْفُوْنَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُوْنَ مِنَ اللّٰهِ وَهُوَ مَعَهُمْ اِذْ يُبَيِّتُوْنَ مَا لَا يَرْضٰى مِنَ الْقَوْلِ ۗ وَكَانَ اللّٰهُ بِمَا يَعْمَلُوْنَ مُحِيْطًا


"Mereka dapat bersembunyi dari manusia, tetapi tidak dapat bersembunyi dari Allah. Dia bersama (mengawasi) mereka ketika pada malam hari mereka menetapkan keputusan rahasia yang tidak diridai-Nya. Allah Maha Meliputi apa yang mereka kerjakan". (QS. An-Nisa’ [4]: 108).


Seseorang yang memberanikan dirinya bermaksiat kepada Allah tatkala sendirian, tergadailah iman nya untuk kenikmatan dan gejolak hasrat yang sesaat. Lupa, yang ia pertaruhkan adalah kenikmatan Surga yang luasnya seluas langit dan bumi, nikmat yang terus bertambah setiap saatnya serta kekal abadi tiada ujungnya. Sadarlah Ikhwah, Itulah yang kita pertaruhkan.


Sebaliknya, jadikan kesunyian dan kesendirian kita menjadi momentum untuk mendekatkan diri, bermunajat dan berduaan dengan Allah. bukan justru merobek ketaatan, yang akan menjatuhkan iman kita setelah kita bersusah payah mendapatkannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,


اِنَّ الَّذِيْنَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَّغْفِرَةٌ وَّاَجْرٌ كَبِيْرٌ


"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya dengan tanpa melihat-Nya akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." (QS. Al-Mulk [67]:12]


Ketika kita masih membaca pesan ini, maka Allah masih memberikan kesempatan untuk bertaubat kepada kita. Maka kembalilah kepada Allah. Ibnu ‘Aun pernah berwasiat: “Takutlah kepada Allah, karena orang yang takut kepada-Nya tidak akan merasa sendiri”


Allahu Ta’ala A’lam bishawaab.


Kredit penulis:FB Ustaz Amidi Syeikh Muhd Zainul Asri

Thursday, 21 March 2024

Pengalaman drip iv venofer

 Hai kawan2..lama tak jumpa

Hari ini aku nak kongsi sikit pengalaman aku buat drip iv venofer. Untuk pengetahuan  semua, ubat ni doktor akan drip untuk ibu hamil yang ada paras haemoglobin (hb) rendah. Hb terakhir aku 8.8. Sebab tu doktor on venofer.

Ikut jadual, aku kena drip venofer ni 2 kali. Masa dos pertama, memang doktor dah test dose. Doktor bagi sikit dulu untuk test alllergik.masa tu aku tak ada alahan venofer. Jadi doktor bagi dose 400mg. Dos ni diberi ikut anggaran berat badan korang.

Venofer ni rupanya macam air kopi

Habis drip pertama, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masa buat drip nurse akan pantau tekanan darah, jantung bayi dan oksigen dalam badan kita.Masa dos kedua, lain pulak ceritanya.Julat masa kedua-dua dos ni dalam satu minggu.

Masa buat dos kedua, doktor ada masalah sikit nak cari salur darah aku.Halus sangat katanya. Cucuk punya cucuk, tangan kiri aku jadi mangsa seterusnya.

Tapi lepas 2 jam, drip aku tu tersekat.Air tak turun. Doktor pun cucuk kat lengan aku. Salur darah kat situ besar sikit.Ubat pun masuk dengan lancarnya.

Masa tu, aku ada terperasan tangan aku bengkak sikit, tapi aku ingat ke sebab doktor tukar jarum.Jadi aku abaikan.

Sudah je drip, aku nak turun katil. Tiba2,aku rasa sakit sangat kat kaki.Rasa tak boleh nak jejak. Bila buka stokin, mak ai..bengkaknya. kakiku jadi sembap!!

Tangan aku aku pun tiba2 membengkak dengan meriahnya. Bagai dipam-pam. Aku pun adu kat doktor.Semua staff dan doktor bimbang dan panik.

Tangan membengkak dengan jayanya.Kesan alahan ubat.


Terus sorang doktor tu prepare ubat anti allergik untuk aku.Kalau diikutkan aku pun panik juga.First time dalam hidup aku allergik ubat. Tapi aku buat cool je.Tak nak keruhkan keadaan.Hadap je la.

Doktor pun bincang dan buat keputusan untuk masukkan aku ke wad bagi pemantauan. Bahaya katanya. Aku pasrah. Terkial-kial ambik phone call suami. Masa ni nak genggam tangan pun tak boleh. Sebab terlalu bengkak.

Lepas doktor cucuk ubat anti allergik, aku pening2 sikit.Doktor suruh aku baring dulu sementara tunggu ambulans sampai.

Tak lama kemudian, datanglah suami aku dengan anak-anak. Sayu pulak tengok anak2 sambil terfikir, adakah ini pengakhiran hidupku?

Tak lama tu ambulans pun sampai. Aku masuk ambulans diiringi tangisan kecil anakku. Sampai energency department (ED), bengkak masih tak surut.Doktor bagi drip air pulak untuk naikkan tekanan darah aku.

Akhirnya aku pun warded. Sampai ke pagi ni bengkak kat kaki je makin surut. Tanganku masih gedabab. Akhir kata doakan aku ye kawan2. 

Semoga semuanya baik2 sahaja dan aku boleh kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Alia Basirah WM








Saturday, 27 January 2024

Hari anugerah untuk kakak

 

Mayra gembira sebab dapat 'mahkota' katanya😂


Alhamdulillah..

Hari ini hari bersejarah buat kakak Mayra. Dapat anugerah celik minda dan anugerah pelajar cemerlang.

Sejujurnya ibu tak letak harapan tinggi pada anak ibu.Sebab ibu tak nak bagi tekanan pada kakak.

Anggaplah pencapaian hari ni sekadar perjalanan hidup kakak.Berjaya bukan bermakna berjaya selamanya.Gagal juga bukan bermakna gagal selamanya. 

Nikmat dan ujian adalah daripada Allah. Tak kiralah kakak berada di atas atau di bawah, selagi ibu hidup, ibu tetap akan menemani anak ibu, no matter what.

Kerana kakak adalah amanah Allah untuk ibu.Akhir kata,tahniah atas kejayaan ini anakku. Doa ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.


Yang menyayangimu,

Ibu😘


Thursday, 18 January 2024

Peranan pembaca pruf

 




Assalamualaikum kawan-kawan. Minggu lepas saya ada menghadiri kelas untuk menjadi pembaca pruf. Mari saya kongsikan serba sedikit tentang  peranan pembaca pruf.

1. Pembaca pruf bukan editor

Pembaca pruf adalah penyunting yang menyunting manuskrip bersih.Manuskrip bersih yang dimaksudkan di sini ialah manuskrip yang sudah diperbetulkan kesalahan ejaan, konteks ayat dan sudah mendapat sentuhan illustrasi atau reka letak(designed) yang baik.

2. Keselarasan adalah tugas utama pembaca pruf

Peranan utama pembaca pruf adalah untuk memastikan keselarasan dalam persembahan buku secara fizikal.

Contoh:

Mengenalpasti kesalahan font dan saiz font yang mungkin terjadi semasa penulisan.

Mengesan kesalahan ejaan yang minor

Mengesan kesalahan tanda baca, tatabahasa, istilah dan sebagainya.

3. Pembaca pruf adalah pembantu editor

Pembaca pruf berperanan memberi cadangan penambahbaikan untuk persembahan sesuatu konten.Tetapi segala keputusan akhir adalah tertakluk kepada editor dan penerbit.

4. Pembaca pruf mestilah peka dengan gaya penerbit.

Tidak dinafikan ada sesetengah penerbit masih ingin menggunakan perkataan yang tidak menepati piawaian DBP. Perkara ini tidak salah.Contohnya ada penerbit inginkan perkataan 'syeikh' dieja sebagai 'shaikh'. Jadi pembaca pruf haruslah memastikan semua ejaan itu dikekalkan menurut kehendak penerbit.


Kesimpulannya, inilah serba sedikit maklumat tentang pembaca pruf yang yang saya peroleh melalui kursus terbabit.Semoga post ini bermanfaat untuk semua

Alia Basirah WM

Proof reader to be


Post terbaru

Kematian yang menghidupkan