Blog..... Tak dapat bawa kamu ke syurga.. Tapi mungkin dengan perkongsian yang baik,sebarkan ilmu yang bermanfaat akan menjadi saham PAHALA dan menggapai Redha-Nya... In Sha Allah

One step closer....VIVA




Alhamdulillah

Dengan izin Allah, hari ini aku berjaya menghantar tesis untuk panel penilai memeriksa dan membaca tesis aku. Dan aku rasa sangat gembira… hingga banyak juga aku tersilap langkah…sepatutnya pergi ke tingkat tiga, aku pergi ke tingkat dua, dah sampai tingkat tiga, aku pergi naik tingkat empat. What's a feeling!!!

Kadang-kadang kegembiraan membuatkan aku menjadi bingung seketika. Tetapi peristiwa itulah yang akan membuatkan aku tersenyum sendirian apabila memikirkannya. Walau bagaimanapun aku sangat bersyukur sehingga boleh berada di tahap ini. Teringat mula-mula sambung master, aku hanya buat master sebab arwah abah yang suruh. Atas dasar dengar kata ibu bapa ni merupakan kebaikan, aku pun buatlah. Kadang-kadang bila rasa susah, aku menyesal sebab tukar course. Dari kimia ke psikologi…kan jauh melencong. Semua orang pelik dengan keputusanku. Tapi satu je niat aku ambik kos ni. Sebab aku nak tau cara mendidik dengan baik. 

Masa awal-awal sem, aku hanya ada kelas sahaja. Tapi aku betul-betul menikmati apa yang aku belajar. Mungkin sebab ia berkaitan dengan hidup kita. Jadi agak senang nak hadam. Bukan macam kos kimia haritu. Belajar tapi tak nampak bagaimana nak kaitkan dengan hidup. Segalanya kaku. Tapi belajar psikologi pendidikan membuat aku berfikir, membuat aku kembali menilai kehidupan, membuat aku faham tentang realiti kehidupan, pendidikan dan sebagainya. Dan aku puas. Puas dengan kefahaman ilmu yang Allah kurniakan kepadaku. Sungguh Allah itu Maha Bijaksana. 

Sem seterusnya aku kena buat kajian. Pada mulanya agak mencabar. Kerana yang pertama, ia adalah sains sosial. Sedangkan kajian aku dulu tentang sains tulen. Ramai pensyarah marahkan aku. Diorang marah aku buat research. Diorang suruh aku ambik coursework sahaja. Sebab diorang kata buat research susah. Pada mulanya memang aku ambik coursework, tetapi bila masuk semester dua aku tukar mix-mode (kelas+research). Dan niat aku nak cabar diri aku. Sebab aku rasa dah rasa pengalaman buat research masa zaman degree hari tu. Jadi aku rasa yakin untuk buat research semasa di peringkat master. 

Pelbagai halangan yang terpaksa aku tempuhi.. Kertas kerja yang terpaksa diedit beberapa kali, kutipan data pun aku buat banyak kali. Dah rasa macam tebal muka je pergi sekolah untuk kutip data. Dah dapat data, keputusan yang dapat macam tak logik. Aku sedih. Sampai roommate aku kata, Alia kalau tak signifikan datanya ubahlah. Manipulate data. Yelah… kadang-kadang orang yang jawab soalan kaji selidik pun kadang-kadang tak jujur. Aku pun ubah lah sikit-sikit. Tapi apa jadi? Hati aku tak tenang. Sebab aku tahu aku menipu. Tapi masa mula-mula buat research, aku dah niat aku tak akan menipu dalam research. Aku pun berdoa, Ya Allah, tolonglah aku untuk tidak menipu dalam research. Banyak-banyak kali aku doa. Akhirnya aku dapat hidayah. Aku key-in balik semua data aku, tanpa manipulate, dan buat ujian statistic. Kali ini aku buat dengan lebih skema. Step by step aku ikut buku. Ditakdirkan Allah, barulah aku tau yang data aku tu tak bermasalah pun, tapi teknik aku salah. Akhirnya aku dapat keputusan yang logik, best dan Wow!.

Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah. Dan sekarang ini tesisku di tangan panel penilai. Moga mereka menerima baik tesis aku. Dan masa viva nanti, harap-harap aku lulus. Walaupun mungkin pass with major. Hey!! that’s better than re-viva right??. Apa-apa pun, jauh di sudut hati..aku mengharapkan cahaya kejayaan akan menyimbah hidup aku kelak. Mendapat master, menjadi penulis......In sha Allah

 Kepada yang membaca, tolonglah doakan aku lulus viva nanti.....

Chegu Kimmia
Share on Google Plus

About Chegu Kimmia

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment