Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah atas nikmat
kurniaanNya hingga saat ini aku masih diberi peluang untuk menikmati hidup ini
dengan segala perhiasan dunia yang cukup indah dan mendamaikan. Di saat orang
lain meratapi pemergian orang tersayang, di saat orang lain menderita
kelaparan, di saat orang lain rumahnya dihanyutkan… aku bersyukur kerana pada hari ini segala
ujian derita itu tidak berlaku ke atasku. Terkadang, hatiku juga terasa sayu
dengan segala penderitaan mereka terutamanya dengan musibah banjir yang melanda
pantai timur di kala ini.
Dalam diam hatiku tertanya-tanya….
Agaknya di mana mereka tinggal sekarang?
Adakah mereka masih mempunyai rumah?
Bagaimana persiapan sekolah anak-anak mereka?
Kenderaan untuk dibawa bekerja, adakah masih elok?
Mesin basuh, peti sejuk , dapur memasak, adakah masih boleh
berfungsi?
Makanan untuk mengalas perut, adakah masih berbaki?
Allahuakbar, alangkah besar ujian mereka, hanya Allah yang
maha mengetahui.Tetapi itulah realiti kehidupan. Kehidupan itu intinya ujian.
Mana ada bumi tidak ditimpa hujan, mana ada lautan yang tidak bergelora.
Soalnya bukan besar atau kecil ujian itu, tetapi bagaimana respons kita
terhadap ujian tersebut. Jika ujian itu berjaya
mendekatkan diri kepada Allah maka kita berpotensi untuk meraih
kedudukan yang tinggi disisi Allah. Tetapi andainya ujian itu disertai keluhan,
kemarahan dan ketidaksabaran, rugi besarlah kita kerana tidak menjadikannya
sebagai platform untuk menjadi hamba
yang terbaik disisinya.
Walaubagaimanapun…jangan sesekali kita terpedaya kerana
nikmat itu juga ujian. Kemewahan, kecantikan, kecukupan makanan, kesihatan ….
Ujian ini akan menjadi penentu untuk melihat samada kita hamba yang bersyukur
atau kufur. Tetapi memang jelas sekali ramai antara kita menjadi hamba yang
bersyukur. Termasuklah diriku yang kerdil ini.. Padanlah jika Allah mengatakan
“sedikit sekali hambaku yang bersyukur”
Kita ni mengeluh lebih banyak daripada bersyukur.Walaupun
semua orang mengetahui sekiranya mereka bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat,
tetapi berapa ramai orang yang benar-benar berpegang kepadanya…Betapa kasihnya
Rasulullah sanggup mengajarkan satu doa untuk mendidik kita untuk terus
bersyukur
iaitu:
Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah aku sentiasa mengingatiMu,
mensyukuri nikmatMu dan perbaikilah ibadahku
Akhir kalam. Moga kita diberi kekuatan untuk beramal dengan
doa ini…
No comments:
Post a Comment