Tuesday, 20 November 2018

Fibroadenoma




Assalamualaikum

Hai pembaca sekalian, hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang pengalaman saya menjalani rawatan fibroadenoma

Apa itu fibroadenoma?

Ia adalah sejenis ketulan yang tumbuh pada payudara. Ianya bergerak setempat. Apabila disentuh, rasa macam biji guli dalam payudara. 

Apabila terasa ketulan seperti ini, janganlah cepat menggelabah.. hehe.. Tapi saya pun bimbang jugak masa dapat kesan ketulan tu. Tipulah kan kalau tak rasa apa-apa.

Saya dapat ketulan tu pada tahun 2015. Masa tu umur saya 25 tahun. Arwah mak meninggal sebab kanser payudara, jadi saya pun takut jugaklah. Tapi, saya tak pernah ceritakan pada sesiapapun sebab saya suka buat research sendiri...

Jadi, saya google lah tentang ketulan di payudara dan cara nak rawat. Masa tu, saya ada terbaca yang daun rama-rama yang boleh cegah kanser payudara. Saya pun carilah orang yang jual daun herba rama-rama ni, pastu order dan makan. Sebulan lebih kot saya makan tapi tak ade kesan. Ketulan tak mengecut, tapi tak juga membesar.


Oleh kerana ketulan tu tak membesar, saya jadi tak bimbang sangat. Sebab saya tahu kalau kanser ni, dalam beberapa bulan mesti dah semakin membesar. Jadi lepas saya baca dan buat research sendiri. saya percaya yang ketulan pada payudara tu adalah fibroadenoma. Sejenis ketulan yang tidak berbahaya.

Saya bukan tak nak dapatkan rawatan hospital, tapi saya tak suka kalau payudara saya diperiksa doktor lelaki. Banyak je saya dengar wanita terpaksa scan payudara dengan doktor lelaki. Jadi saya tangguhlah untuk berjumpa doktor... sehinggalah...


Sehingga saya nak kahwin tahun 2018 . hehe.. Saya pun pergilah klinik swasta yang sah doktor perempuan yang bertugas. Saya kena marah jugak dengan doktor sebab biarkan ketulan tu lama...Tapi saya buat pekak je lah. Doktor tu tak boleh nak scan sebab takde alat scanner tu kat klinik dia. Tapi lepas check, dia kata ketulan saya mungkin bukan jenis bahaya..Lepas tu doktor nak buat surat rujukan ke pakar, tapi saya kata takpe2, biar saya pergi sendiri jumpa pakar


Nak dijadikan cerita... saya tak pergi pun klinik pakar. Sebab saya dah lega doktor tu kata ia ketulan tak bahaya.Tak lama lepas tu saya pun kahwin. Lepas kahwin cerita kat suami, suami suruh jumpa doktor. Pun saya tangguhkan lagi... Kemudian saya mengandung. Waktu nak periksa kandungan, payudara dan sebagainya, barulah saya maklumkan kat doktor klinik kerajaan tentang ketulan tu.

Akhirnya saya dirujuk juga ke klinik pakar HSNZ, Terengganu. Masa tu saya hanya berdoa agar dapat doktor perempuan yang check saya. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan khidmat di HSNZ sebab boleh mintak doktor perempuan yang rawat kita.

Kali pertama saya pergi klinik pakar, mereka akan mengambil sampel ketulan tu pada payudara.Diorang akan guna jarum, cucuk sikit pada ketulan dan ambik sikitlah. Agak sakit, tapi takdelah sakit sangat. Saya dicucuk dua kali jugaklah sebab spesimen yang pertama tu terlalu sedikit. Tak boleh nak tengok jelas bawah mikroskop. Jadi, doktor buatlah 2 kali.


Alhamdulillah, semua doktor perempuan yang bertugas dalam bilik tu.Jadi saya semakin yakinlah nak dapatkan rawatan. Temujanji kedua, payudara saya kena scan.Masa tu saya request Dr Perempuan. Tapi apa pihak hospital kata " Adik, untuk pemeriksaan payudara, memang kita akan bagi doktor perempuan, kalau tak ade sangat barulah kita pass ke doktor lelaki dan maklumkan terlebih dahulu kepada pesakit. Jadi pesakit boleh pilihlah samada nak teruskan rawatan atau tidak".

Dalam hati saya, terbaiklah hospital HSNZ ni.. jadi saya syorkan siapa yang nak dapatkan rawatan payudara, anda boleh dapatkan rawatan yang selesa di HSNZ. 

Saya ingat lagi, lepas giliran saya scan, ada pesakit lelaki pulak yang kena scan dekat perineum (dubur dia). Jadi , saya tengok doktor lelaki pulak yang ambil alih. Baguskan  perkhidmatan HSNZ !!
Mengutamakan keselesaan dan maruah pesakit.

Temujanji kali ketiga, keputusan pun dan keluar. Doktor pakar sahkan saya menghidap fibroadenoma. Alhamdulillah, leganya perasaaan saya masa tu..Tapi lepas ni doktor nasihatkan saya dapatkan rawatan susulan untuk lihat keadaan ketulan tu. Kalau perlu, mungkin pembedahan akan dilakukan. Lepas saya bersalin dan berpantang, ada temujanji lagi. Saya harap semuanya akan berjalan lancar... In Sha Allah.

Jadi, kepada sesiapa yang ada ketulan di payudara, fikir positif. Banyakkan berdoa agar Allah permudahkan urusan. Ingat, bukan semua ketulan adalah kanser. 

Ok..itu saja guys. Bye2

Thursday, 25 October 2018

Sumur amalku??

Sumur amalku....

Entahla apa statusnya..

Sejak menjadi surirumah, aku akui hidup aku agak lost. Kembali tercari-cari erti hidup. Apakah sumbanganku untuk ummat...

Kalau dulu aku bekerja sebagai guru, bolehlah aku mentarbiah anak didikku... Tetapi sekarang, pada siapa akan ku curahkan baktiku...

Ya Allah, sungguh banyak masaku terbuang semenjak aku berhenti kerja.. Argh... susah jugak ye...Ya Allah, ampunkan aku... Berkatilah masaku. Rezekikan aku satu ilmu yang boleh dikuasai agar aku dapat memberi manfaat kepada ummah...

 Ya Allah, tolonglah......

Baby bump




Alhamdulillah

Hari ini 25 Oktober 2018

Aku seakan-akan tidak percaya.... Aku sudah menjadi isteri orang dan bakal melahirkan anak tidak lama lagi

Subhanallah... perasaannya hanya Tuhan sahaja yang tahu

Ya Allah, di hari kelahiran anakku,

Kau peliharalah maruah diriku, rezkikan doktor dan staf perempuan yang mengendalikan urusanku dari A-Z

Kau peliharalah kesejahteraan diriku dan anakku

Ya Allah.... permudahkanlah urusanku, berkatilah kelahiran anak ini...


Friday, 9 February 2018

2017

Banyak perkara yang mengubah hidupku, terutamanya bila aku deactivate facebook

Sebelum aku nak deactivate facebook, banyak jugaklah research yang aku baca tentang media sosial ni. Yang paling terkesan di hati bila dia kata facebook ni boleh buat kita rasa rendah diri.

Perbandingan sosial atau sosial comparison.... memang tak boleh nak dielak zaman sekarang

Bila kita tengok kawan-kawan kita update tentang hidup mereka kat facebook, automatik kita akan saling membandingkan.

Padahal, manakan sama perjalanan hidup kita dan orang lain.

 Di facebook atau Instagram, semua orang berebut nak tunjuk yang positif je. Memanglah... takkan nak tunjuk yang tak elok kat publik.

Ok.. benda ni bukan masalah. Yang menjadi masalahnya ialah bila kita membandingkan kehidupan kita yang realiti dengan kehidupan maya di media sosial.

Perkara ni bahaya sebenarnya sebab kita membuat perbandingan pada perkara yang salah

Akhirnya, selepas setiap hari diperam dengan kebahagian kawan-kawan, kita mula rasa diri kita serba tak cukup, tak bahagia, yang akhirnya menyebabkan kita lupa nak bersyukur.

Syaitan pun bersorak gembira melihat kita mengeluh dengan kehidupan. Syaitan pun tukar strategi. Dihasutnya kita untuk 'lawan' balik kawan kita dengan upload kebahagian yang palsu. Sanggup berselfie dengan jam mahal (yang pinjam kat kedai) supaya orang nampak kita kaya, banyak duit dan sebagainya.









Aku dan pena





Chegu...

Teruslah menulis

Untuk bekalan akhiratmu

Jangan malas

Kelak pasti kau akan menyesal

Ya Allah berikanlah hamba ini kekuatan untuk terus menulis keranaMu..




Ya Allah

lamanya tak menulis...

Hari ini aku ikut kursus pendidikan khas 

Bestnyer....aku rasa macam tak nak kursus tu habis 😂😂

Perkongsian daripada Datin Zahrah paling terkesan

Terserlah jiwa seorang pendidik dalam ucapannya

Bilalah Chegu Kimmia nak jadi macam tu..

Aku hanya sempat tanye satu soalan saja



Post terbaru

Kematian yang menghidupkan