Nak guna khidmat saya?

Friday, 31 October 2025

Krisis Sudan dan Palestin: Ke mana halatuju umat??

 



Banyak sangat isu kezaliman sekarang ni...


Tak habis lagi dengan penindasan Israel terhadap Palestin, terbaru kita dengar ada krisis baru di Sudan.


Ada perang saudara yang meletus gara-gara perebutan kawasan perlombongan emas.


Beribu-ribu rakyat Sudan jadi mangsa. Dibunuh, ditanam hidup-hidup dan dirogol bagaikan sudah menjadi perkara biasa di sana...


Lebih menyedihkan, ia melibatkan sesama orang Islam...


Sahabat...hari ini kita hidup dalam keadaan Islam bagaikan berada di titik terendah selepas jatuhnya Khilafah Turki Uthmaniah..


Sebab itu kita yang direzekikan Allah untuk hidup di negara yang aman damai ni perlu lebih serius menanam benih iman dalam diri generasi kita.


Sudah-sudahlah kita meletakkan objektif kepada  anak-anak kita untuk mengejar straight A. Ataupun memastikan dia mendapat nombor satu di dalam kelas.


Kita kena letakkan matlamat yang lebih bermakna untuk ummah.Iaitu menjadi pejuang agama..


Yang ada keazaman untuk membebaskan Masjidil Aqsa.


Yang ada keberanian untuk melawan pemimpin yang zalim.


Yang merealisasikan keamanan dengan nilai Islam yang benar.


Bukan sekadar mengejar kecemerlangan akademik demi mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi..


Bukan begitu...


Kalau demikian yang kita fikirkan..bererti fikiran kita masih berorientasikan duniawi..masih jauh dengan matlamat akhirat.



Justeru, hidupkanlah jiwa pejuang dalam diri anak2 kita..


Perkemaskan agama mereka ( perbaiki solat dan hubungan dengan Al-Quran)


Jauhkan mereka dari segala distraction (gajet, games, movie lagha)


Paksa diri kita untuk menjadi contoh yang baik buat mereka


Kalau bukan kita..siapa lagi yang akan mencetak generasi pejuang ini??Fikir-fikirkanlah..


Alia Basirah WM

Juga sedang berjuang





Thursday, 30 October 2025

Oktober yang indah

 

Jenis aku ni, memang kena tulis target sebulan terus...baru senang nak dijadikan rutin.


Alhamdulillah untuk pencapaian oktober.


Apa yang aku perasan, bila kita kurangkan tempoh 'distraction' kita barulah kita akan ada kecenderungan untuk selesaikan misi ibadah kita.


Sebab tu aku target untuk bulan depan, aku nak kurangkan masa main FB hanya selama 45 minit. Adakah aku akan berjaya?? Wallahua'lam..kita tengok macam mana.


Mulai saat ini, aku sedar target2 kecil yang aku buat ada signifikannya dalam hidupku.


Betullah orang kata, kalau nak berubah, mulakan dengan suatu yang kecil. Konsisten melakukan perkara2 kecil akan membentuk disiplin.


Namun aku tak sangka aku boleh disiplin guna FB sejam sehari kalau guna timer.


Tak sia2 'try and error' yang aku pernah guna sebelum ni...aku hampir terlupa yang aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang agak menepati masa...biidznillah..


Jadi...guna timer memang fit dengan karakter aku.


Memang aku akui, ada kalanya aku lupa nak tekan pause pada timer kalau stop main FB.Tapi tak apa..boleh set balik melalui anggaran masa yang telah digunakan.


Begitulah...


Perubahan tidak mudah. Ia menuntut pengorbanan.Namun tetaplah kita meletakkan pergantungan kepada Allah yang telah menjauhi kita daripada ketagihan media sosial.


Itulah sebab utama aku letakkan tempoh masa.


Aku ulang....


Aku nak jadi hamba Allah yang baik


Aku nak jadi isteri yang baik


Aku nak jadi ibu yang baik..kekal hadir dalam hidup anak aku. Tak nak jadi ibu yang matanya menancap di skrin bila anak datang kepadaku..


Anak aku perlukan aku...


Selayaknya biarlah perhatianku untuk mereka demi kesejahteraan emosi dan mental anak-anakku..


Alia Basirah WM

Ya Allah.. perbaikilah diri ini...

Saturday, 25 October 2025

Aku dan timer

 



Ada hari-hari tertentu aku rasa macam bosan juga bila kuota jam aku untuk main FB habis..haha..


Tapi setakat ni aku masih bertahan.


Satu jam khas untuk FB sangat relevan dengan aku buat masa ni..


Ada hikmahnya bila aku banyak guna sistem timer masa buka FB.


Timer banyak mengingatkan aku berapa lama lagi masa yang aku ada untuk hidup.


Dan timer tu sangat unik sebab hanya Allah sahaja yang tahu bilakah 'timer' kita akan berakhir.


Hakikatnya kita hidup dalam 'timer' yang Allah tetapkan. Kalaulah timer tu dinampakkan di depan mata kita,pastinya hidup ini akan terus diisi dengan kebaikan.


Tapi timer itu sangat misteri.Mungkin sebab hidup ini adalah ujian.


Maka..beruntunglah orang2 yang memanfaatkan masa itu sebelum timer nya berhenti


"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan penuh kesabaran".


[Al-Asr:1-3]


Alia Basirah WM

Thursday, 16 October 2025

Disiplin guna sosial media

 




Alhamdulillah..hari ini hari ke-11 aku guna rule 1 jam sehari untuk buka FB.


Setakat ini agak berjaya.


Untuk permulaan, aku set nak buka FB pukul 2-3 petang.


Selepas beberapa hari aku rasa tak sesuai dengan cara tu..because my kids want me with them all the times..haha..


Jadi aku guna cara baru. Guna timer. Sebelum buka FB aku set satu jam kat timer.


Kalau aku stop scrolling FB, aku pause timer tu.Thats it.


Timer tu aku guna untuk FB je.Sebab setakat ni wasap, Tiktok dan telegram tak buat aku ralit sangat.


Jadi...aku rasa gembira sebab aku dapat urus masa dengan lebih baik.


Tapi yang lebih penting, kena selalu minta doa dengan Allah supaya  hati dan tindakan kita terjaga dari perbuatan sia-sia.


Bersambung....

Saturday, 11 October 2025

Aktiviti dengan Hasanah

 

Main susun2 block 

 

Main susun2 lego ikut warna


Exploring chemistry


Painting wooden boat



Buat playdough



Painting Projek ntah apa2..


Again...susun2 lego


Puas main lego, kita main block pulok



Tuesday, 7 October 2025

The other side of September

 


Gigi mayra terlebih tumbuh..Gigi susu tak tercabut lagi, tapi gigi kekal tak sabar nak tumbuh...kena jumpa dentist..



Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla..Peristiwa bersejarah dunia...ada domino effect. Tak lama lepas misi ni, ada pengumuman gencatan senjata Israel-Gaza. Palestin belum merdeka sepenuhnya, tapi tetaplah kita sumud agar BaitulMaqdis kembali menjadi milik orang Islam.


Adik aman dapat kerja!!! Alhamdulillah a'la kulli hal


Sambut birthday abah kat homestay. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku mentua yang baik...
 
Walimah achik. Tahniah chik..My beloved cousin that always besides me through my ups and downs.. especially during single mingle..hehe




Obor October


Gambar sekadar hiasan


 Selepas melalui Silly September yang sangat mengecewakan, aku cuba baiki lagi prestasi aku Oktober ni.


Selepas beberapa kali cubaan buat digital detoks, aku semakin faham yang aku perlu dan masih kena hidup dengan medsos tapi dalam mod terkawal.

Medsos tu umpama gula..Kalau terlebih boleh kena diabetis.Tapi kalau terlebih tak pasal2 terkena hypoglycemia.


Jadi..kena berpada-padalah.Tak boleh overdose.Tak boleh jugak terkurang terutamanya sharing post2 yang baik.Itu pun ladang pahala.


Untuk hari ini, pertama kali aku cuba hadkan penggunaan FB aku hanya pada pukul 2-3 petang.


Kenapa aku pilih masa ni??


Sebab ini pun screen time anak2 aku. Jadi boleh dikatakan win-win situation untuk aku dan anak2.


Kaedah terbaru aku guna ialah aku manfaatkan penggunaan float note.

Nota visible memang sangat berkesan!!


Satu apps yang boleh tunjukkan nota kita di skrin sepanjang masa.


Kat nota tu, aku tulis sikit kata2 motivasi dari ulama agar aku ni kena bijak urus masa.


Bila selalu ada nota tu, aku jadi beringatlah sikit...


Ok..ini sekadar perkongsian aku tentang perjalanan aku menangkis ketagihan FB.


Walaupun FB tu banyak manfaat, antaranya berkongsi solidariti Palestin, tapi jika berlebihan, boleh terabai tanggungjawab rumahtangga.


Aku nak jadi ibu yang baik.

Nak jadi isteri dan hamba Allah yang baik.

Ini jihad aku juga melawan kelalaian..


Alia Basirah WM

Berjuang dengan diri sendiri

Post terbaru

Hari jadi si dia