Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Monday, 26 January 2026

Review Komik Siri Aichan

 



Hai kawan-kawan


Hari ini aku nak ulas sikit pasal buku Siri Aichan terbitan Iman Publication.


Minggu lepas, semasa aku pergi SMO Kuala Berang, aku main rembat je buku ni kat rak buku.😅


Tak sempat nak tilik sebab aku nak cepat. Aku tanya anak aku...dan dia setuju, terus aku bayar.


Tapi bila balik rumah, ralit bukan main dia baca komik ni. Dia punya teruja, sampai dia rasa nak bela haiwan.


Tajuk buku yang aku beli ada dua.


✅ Aichan Menolong Monyet Comel yang Lapar


✅ Keluarga Baru Aichan, Misi Mengenal Allah


Bagi aku komik ini menarik sebab:


1. Laras bahasa


Bahasa Melayu dia tak rojak berbanding buku komik lain. Tetapi tetap ringkas dan mudah difahami. 


2. llustrasi 


Susun atur dan reka letak kartun dia kemas dan teratur sahaja. Anak boleh faham plot dengan jelas tanpa ada kekeliruan.


3. Plot


Jalan cerita dia memang menarik. Anak aku siap suruh beli lagi Komik Aichan siri yang lain.


Yang paling seronok, bila anak-anak aku boleh tiru balik cerita dalam komik ni.


Contohnya cerita ayah Aichan ajar Aichan mengaji (lihat gambar di bawah)


Dan kemudian


Anak aku buat pai huruf hijaiyyah guna plastisin.


Secara tak langsung anak korang terinspirasi
 nak buat aktiviti.



Tak sangka komik ni boleh tarik anak-anak aku belajar agama.Alhamdulillah.


Ha..korang tunggu apa lagi. Bolehlah belikan komik ni untuk anak-anak. Niatkan agar boleh tanam minat anak untuk cintakan buku, In shaAllah.



Ini masa Ayah Aichan ajar anaknya mengaji

No comments:

Post a Comment

Post terbaru

Persediaan Ramadan 2026