![]() |
| Kenangan arwah Pak Tunggal (berbaju biru) masa majlik naik rumah aku di Paka |
Aku tak tahu kenapa aku nak tulis pasal kisah kematian je tahun ini..
Antara satu kematian mengejut yang aku terima tahun ini ialah kematian bapa saudara suami aku.
Kami memang terkejut sangat sebab baru dua hari sebelum tu, dia memang sihat walafiat je hadir walimah adik ipar aku.
Kami panggi dia Pak Tunggal. Dia tu adik-beradik sebapa dengan mama aku.Walaupun mak lain-lain, tapi hubungan adik-beradik mama dengan Pak Tunggal ni rapat.
Aku ingat lagi macam mana suami aku kejutkan aku pukul 3 pagi. Masa tu baru dapat panggilan dari mama.
Dia bisik kat aku: "Pak Tunggal meninggal".
Aku yang masih mamai masa tu seakan tertanya-tanya betul ke berita ni.
Dengar khabar, mudah sangat Pak Tunggal meninggal. Sambil duduk bersandar, terbatuk-batuk sikit lepas minum air, kemudian terus tak sedar.
Tapi memang dia bangun minum air sebab macam ada sakit dada sikit malam tu. Entahlah, aku tak pasti doktor tulis apa dekat ruangan "cause of death" arwah dalam surat kematian dia.
Pak Tunggal ni pendiam orangnya. Aku secara peribadi tak ada kenangan sangat dengan dia.
Cuma ada satu momen je, dia mitak tolong aku letak sikit bubur pulut hitam untuk dia makan masa kenduri kahwin adik ipar aku.Itu je setakat yang aku ingat.
Masa dia meninggal, ramai orang solatkan jenazah dia, walaupun masa tu waktu solat Zohor. Kariah kat kampung pun tahu yang Pak Tunggal ni kaki masjid.
Ya Allah, bila difikirkan balik, amal apa je yang telah aku persembahkan kat Allah..ampuni aku ya Allah
Alia Basirah WM
Terus Menginsafi diri

No comments:
Post a Comment