Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Saturday, 14 November 2026

Trivia birthday Abi

Sedap kek nya...deko pun cantik. Harga murah. Memang rezeki sungguh.


Mini deco to celebrate our hero





Terima kasih Ya Allah, hadirkan mereka dalam hidup aku

Walau sebahagia manapun hidup kita..tetaplah kita dalam perjalanan menuju kematian.

 

Alia Basirah WM

Bahagia itu pinjaman..syukurlah seadanya.

Any idea???

 

Gambar sekadar hiasan



Alhamdulillah..bulan November ni Allah bagi kekuatan untuk kawal diri aku dari tenggelam dalam dunia media sosial.


Tapi jujurnya aku berasa sedikit bosan dengan hidup aku. Rasa macam nak belajar benda baharu.


Tapi apa? 


Ada idea tak nak suruh aku belajar apa?


Kalau ada, tolong komen sikit..aku sangat hargai cadangan yang diberikan..


Alia Basirah WM

Menulis sambil menunggu keputusan PRN Melaka

Tuesday, 27 October 2026

The story of extrovert housewife

 

Suasana lepas habis majlis ilmu. Aku sejenis malu nak snap2 gambar kat orang ramai. So, yang ni je dapat.




Aku rasa dalam penulisan aku asyik cerita pasal struggle aku dengan ketagihan media sosial je.


Beberapa hari lepas aku decide nak log out FB dan uninstall Tik Tok.


Aku cuba bina tabiat baru sekarang.Aku cuba bersosial dengan orang kampung.


Langkah pertama aku invite diri sendiri masuk group wasap kampung guna phone suami aku.


Rupa-rupanya banyak sangat majlis ilmu untuk muslimat kampung aku .Setiap hari ada.


Setakat ni aku pilih hari Ahad atau Rabu. Aku pilih satu hari je dulu sebagai permulaan.


Ada lah kenalan-kenalan baru yang aku jumpa. At least boleh lah berkumpul, cakap, tengok muka.Aku dah muak kalau asyik secara maya sahaja.


Lagipun aku ni ekstrovert. Balik dari majlis ilmu, aku rasa macam baru recharge bateri.Mood aku nak layan anak-anak pun ok.


Bawak anak kecik dalam majlis ilmu ni tak rugi pun. Moga2 vibe dia akan bagi kesan kat anak  aku.


Sebab ada baca selawat, baca asma ul husna..bila kita pergi pun, tenang je rasa. Ada ustazah tu, siap letak tangan dia atas kepala anak aku, jampi.. baca selawat lagi kat anak aku..moga ada lah keberkatan untuk anak aku.


Tapi kalau bawak anak kecik, memang nak kena standby la bekal, mainan dia dan sebagainya.


Dah tiga kali aku aku join setakat ni, tak ada pulak anak aku meragam. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. 


Dan hari ni ada rezeki lebih.Ada hamba Allah tu bagi satu set minuman yakult kat anak aku..Percuma weyh.Moga Allah rahmati dan tambah rezeki dia.


Itulah hikmah datang majlis ilmu.Memang ada makan2 selepas majlis. Aku tak kisah sangat bab makan tu, tapi aku rindu nak jumpa orang, bercakap, bersalam.


Kerana akhirnya aku adalah manusia..


Alia Basirah WM

Always extrovert person

Post terbaru

Trivia birthday Abi