Selepas mendengar podcast ustaz Azlan Shah ni, maka fahamlah aku bahawa:
1. Dalam Quran, Ramadan ni ada tiga tema.Taqwa, petunjuk dan syukur.
2. Taqwa( mindfullness). Ia soal kesedaran. Di Malaysia, kita diuji Ramadan sebagai pesta makanan. Jadi kita kena "mind" (sedar) dengan perkara ini, dan berusaha untuk makan secara optimum, tidak berlebihan dan membazir.
3. Taqwa juga dengan sedar sosial media banyak alih perhatian kita daripada buat ibadat. Jadi, kena kurangkan segala distraction yang trigger nafsu kita di bulan Ramadan.
4. Soal petunjuk (Guidance). Pastikan kita benar2 bonding dengan Quran. Tak khatam takpe. Pilih 2 surah and go deeper (bak kata ustaz)
5. Tadabbur Quran sampai kita benar-benar rasa connected dengan Quran.
6. Syukur. Ada dua konteks iaitu doa dan hubungan kekeluargaan.
7. Kata buya Hamka, doa adalah saripati ibadah. Analogi doa ialah dinamo basikal.Makin banyak doa, makin terang jalan menuju tuhan.
8. Minta pada Allah hatta sekecil-kecil perkara.Berdoa itu tanda kehambaan.
9. Dalam konteks keluarga kena baiki balik hubungan suami isteri. Puasa ajar kita kemaskan foundation rumah tangga.
10. Ayat "rofasa"adalah kalimah berbaur seksual. Maksudnya, dalam beribadah, jangan sampai lupakan hak pasangan dan ahli keluarga.
11. Bahkan sedeqah terbaik ialah apa yang kamu suapkan kepada isteri dan anak-anakmu.
12. Kesimpulan.Natijah Ramadan adalah karakter kita, hasil daripada self- control yang kita set up sepanjang Ramadan.
13. Beza orang yang "dapat" Ramadan dengan yang "tak dapat" Ramadan adalah umpama langit dan bumi.
14. Justeru, beramallah seperti ini Ramadan terakhir kita.
Jazakallah ustaz atas perkongsiannya. Pautan video boleh diakses di sini
Alia Basirah WM
Salam Ramadan Al-Mubarak

No comments:
Post a Comment