Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Monday, 27 April 2026

Bahagia itu pinjaman

 



Dalam hidup kita yang penuh nikmat, ingin sekali aku pulangkan "nikmat bahagia" ini kepada Allah.


Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur.


Bahagia itu pinjaman.Tapi aku selalu niatkan, "Ya Allah, aku ingin membina keluarga bahagia sebab aku inginkan anak-anak aku membesar dengan kondusif, untuk aku bentuk mereka, menjadi pejuang agama."


Niat ini datang secara spontan apabila aku melihat kehidupan anak-anak didikku, ada yang tidak sempurna kehidupan mereka lantas menjejaskan emosi anak kecil ini.


Ada yang datang dari keluarga berantakan..


Ada yang datang dari keluarga yang mana ibu bapa terlalu sibuk sampai mengabaikan anak-anak..


Hasilnya anak kurang disiplin, buruk akhlak dan berisiko kemurungan.


Sudah tentu bukan semua bernasib malang...


Banyak juga datang daripada keluarga bahagia, cakna, penuh kasih sayang..


Namun, tugasku bukan untuk menghakimi tetapi untuk belajar agar aku tidak mengulangi kesilapan yang sama untuk keluarga kecilku.


Begitulah aku mengutip pengalaman.


Tadi pun aku tengok Nona


Ada artis jemputan, Rebecca Nur Islam menceritakan pengalaman hidupnya.


Katanya, dia sangat yakin dengan perkahwinannya. Dia pandai masak, ada ramai anak. Tujuh orang semuanya..Memang ramai.


Katanya dia tersangat yakin dengan perkahwinannya (Over confident)."Bukan 100% tapi 200%". Kata Rebecca.


Tup..tup..dia bercerai..dan dia tak pernah sangka perkahwinannya akan berakhir. Dia kini berstatus ibu tunggal yang membesarkan tujuh orang anak.


Aku pun belajar lagi, refleksi diri..


Betullah, dalam hidup ni, kalau kita sandarkan kepada perkara yang tak kekal...kita akan jatuh.


Macam kita rasa kita cantik... atau pandai masak..atau reti jaga anak, dan dengan faktor tu, kita rasa perkahwinan kita akan bertahan lama..kita sebenarnya silap besar.


Kepada Allah lah harus kita sandarkan perkahwinan kita...


Kerana kita hanyalah pasangan suami isteri yang penuh dengan kelemahan.


Tapi bila kita meletakkan kebergantungan kepada Allah, in sha Allah, baik natijahnya.



مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللَّهِ بَاقٍ ۗ 


Maksudnya: Apa-apa yang ada di sisi kamu akan lenyap dan apa-apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. [Surah Al-Nahl 16: 96]


Aku pun bukanlah isteri dan ibu yang sempurna. Jujurnya aku sendiri masih berjuang memperbaiki diri. Tapi aku tetap cuba memberi  yang terbaik untuk keluargaku khususnya dalam didikan agama.


Selebihnya...serahkan urusan rumah tangga kita kepada Allah. Niatkan yang baik-baik agar nikmat kebaikan itu bukan hanya mengalir dalam keluarga kita, tapi masyarakat keseluruhannya. 

Hargai detik bersama selagi Allah izinkan

Semoga anak-anak ibu menjadi pejuang agama yang diredhai Allah.


Alia Basirah WM

Terimalah perjuangan ini wahai tuhanku..

Friday, 24 April 2026

Palestin atau kita yang tenat?

 



Saat aku menulis...


Masih terbayang-bayang di ingatan ini sebuah imej menunjukkan dua orang tentera Israel memegang tangan budak Palestin, bersedia mencampakkannya dari bangunan yang tinggi.


Tidak tergambar rasa ketakutan pada wajah anak Palestin itu.


Allahuakbar... syaitan  apa yang merasuk mereka untuk bertindak sezalim itu.


Tak sanggup dibayangkan jika perkara ini terkena kepada anak sendiri..


Benarlah, zionisme ini adalah doktrin yang sangat  dahsyat yang patut dihapuskan dari muka bumi.


Sebutlah apa sahaja kezaliman tentera Zionis..bunuh, dera, rogol, seksa tahanan, bom orang awam...memang tak habis agaknya kalau nak disenaraikan semua.


Namun di saat ini juga dunia juga seolah-olah menyepi, tidak dapat berbuat apa-apa untuk saudara kita di sana.


Alangkah lemahnya semangat kita untuk membebaskan rakyat palestin daripada cengkaman Zionis.


Astaghfirullah..

Astaghfirullah..

Astaghfirullah...


Bila bercakap Palestin hari ini, seperti itulah kita teringat dengan sejarah saudara Islam kita semasa kejatuhan Andalusia.


Kekejaman Ratu Isabella terhadap umat Islam umpama api dendam yang marak menyala.


Pelbagai alat seksaan ngeri dicipta untuk menyeksa orang Islam agar mereka mati perlahan-lahan..


Contohnya macam Strappado, water torture. Umat muslim ketika itu dipaksa untuk murtad dan menerima agama Kristian.


Hari ini, krisis sama dihadapi oleh umat Islam. Kita dibantai dengan teruk oleh penjajah. Inilah impak apabila dunia Islam gagal bersatu.


Di Palestin, angka korban sudah mencecah 100k


20,000 mangsa dianggarkan tertimbus di bawah reruntuhan bangunan.


Dan ada hampir 87000 anak yatim yang hidup tanpa pembelaan di sana.


10 ribu pemuda gaza pula sudah ditahan di penjara dan sedang menunggu untuk hukuman mati walaupun tidak membuat sebarang jenayah.


Fikirkan, apa yang kita perlu buat sebagai umat Islam...


Ayuhlah kita bangkit, perkemaskan iman dan amal kita agar syiar Islam dapat ditegakkan.


Sama-samalah kita berkempen untuk memilih kepimpinan Islam yang baik agar suara kebangkitan rakyat Palestin terus diangkat.


Kalau aku, aku pilih untuk menyumbang kepada Muntsir anak Gaza, sebab dia ada buka dapur komuniti.


In sha Allah, sekurang-kurangnya kita dapat membantu anak2 palestin agar tidak kebuluran dan mampu meneruskan hidup.

Boleh scan qr code untuk menyumbang




Alia Basirah WM

Usahakan selagi terdaya

Thursday, 23 April 2026

Ujian hidup

 



Semakin banyak menulis, semakin kita akan diuji dengan hasil tulisan kita sendiri.


Itulah ujian.


Allah berhak untuk menguji hamba-hambaNya.



Bukankah kita dihidupkan untuk diuji?  Samada ingin memilih jalan kebaikan atau kejahatan


وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ


“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebaikan dan kejahatan).”



Semoga aku terus bangkit walau apa sahaja ujian yang membadai diri ini


Alia Basirah WM

Monolog petang


Friday, 17 April 2026

Al -Abrar

 


Kadang-kadang aku rasa bersalah..


Punyalah banyak nikmat Allah beri, tapi apa je yang aku buat untuk tolong agama Allah.


Macam sikit...


Sikit sangat...


Rasa malu sangat dengan diri sendiri...


Tapi aku tetap cuba untuk berjuang.


Sebab itulah aku masih menulis kat blog ni..


Aku cuba paksa diri aku untuk tulis konten yang baik-baik agar kita semua ada "rasa" ingin kembali kepada Allah.


Penulisan aku bukan baik sangat.


Belum mencapai tahap yang aku inginkan.


Tapi aku tetap cuba untuk menulis..


Walaupun aku kadang-kadang masih malu, ragu-ragu untuk kongsikan penulisan aku di FB...


Entahlah...Aku pun tak pasti kenapa..


Yang pasti aku rasa selesa menulis di blog ini.


Semoga catatan peribadi dan konten bermanfaat yang aku tuliskan di dalam blog ini boleh menjadi amal-amal soleh yang diterima Allah.


Dan sekali lagi aku mohon pada Allah agar aku ini termasuk dalam golongan Al -Abrar (Yang berbakti kepada agama) sebagaimana yang terpateri dalam KalamNya:


رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا ۚ رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ


Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seruan yang menyeru kepada iman: ‘Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu’, lalu kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, maka ampunkanlah dosa-dosa kami, hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (al-abrar).” [Surah Al-Imran:193]


                                                         Alia Basirah WM

وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَار


Wednesday, 15 April 2026

Apa khabar rumah "itu"??

 Nak menulis apa ya hari ini??


Okaylah...


Hari ini aku cerita sikit ada orang sedang buat renovate (penyelanggaraan) kat rumah aku..


Suami aku nak tambah dapur dan bilik di kawasan belakang rumah..


Dan bina pagar baru supaya senang nak parking kereta kat garaj baharu.



Bila fikir-fikir balik....

Ini rumah kita di dunia.


Masih dalam pembinaan..


Itu pun perlukan pelaburan


Perlukan pelan pembinaan


Semuanya perlu ada perancangan rapi.


Bagaimana pula rumah kita di akhirat?

Adakah kita meluangkan masa untuk membina mahligai kita di Syurga

Atau...

Adakah kita telah mempersiapkan rumah qubur kita?


Rumah di dunia hanyalah sementara, tapi rumah akhirat, itulah yang kekal abadi.


Antara amalan nak membina rumah di Syurga adalah :

1. Bantu bina masjid (infaq, imarahkan, uruskan masjid)


2. Baca Surah Al-ikhlas 10 kali sehari


Daripada Mu’adh bin Anas al-Juhani RA, Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sehingga selesai sebanyak 10 kali, Allah akan membina untuknya sebuah istana (mahaligai) di dalam syurga. Hadis ini direkodkan dalam Musnad Ahmad dan dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani.



Alia Basirah WM

Semoga post ini menjadi batu binaan rumahku di akhirat


Sunday, 12 April 2026

Ibrah Cuaca panas

 



Sekarang ini musim kemarau. Kalau yang duduk di sekitar Paka, memang air paip jadi masin. Bila basuh gelas, boleh detect rasa masin kat gelas😅.


Cuaca panas ini juga satu peluang untuk kita bermuhasabah. Kalau dunia sepanas ini pun kita mengeluh tak selesa, bayangkanlah api neraka.


Panas di dunia, kita masih boleh cari aircond, buka kipas atau pergi mandi air terjun. Kat akhirat, apa pilihan yang kita ada?


Astaghfirullah..

Baru-baru ini aku pernah menonton satu video bagaimana orang Palestin diseksa di penjara Israhell.

Mereka akan dijemur di tengah panas kaw-kaw, dah lama dalam panas, askar zionis akan letak mereka di bawah aircond yang diset dengan suhu tersangat sejuk.


Kejam!!


Kat neraka pun ada seksaan ni. Bila ahli neraka disiksa dalam neraka yang panas, Allah akan bagi mereka zamharir, air yang sejuk melampau.


Ada sesetengah orang mungkin tak faham bagaimana suhu ekstrem yang bertembung boleh menjadikan seseorang itu sakit.



Pernah tak tengok lahar gunung berapi masuk dalam laut??


Ini contoh suhu ekstrem yang bertembung. Apa jadi pada air laut tu??


Berasap...menggelegak..Siap ada bunyi desiran menakutkan.


Bayangkan ahli neraka dikenakan azab begini.


Dah kena bakar kaw- kaw, lepas tu kena siram dengan air sejuk..


Pedih wehh...


Tapi itulah neraka. Ngeri kan??

Ambillah iktibar dengan cuaca panas ni...

Jadikan setiap ujian yang kita hadapi mengingatkan kita padaNya agar hidup kita sentiasa terpandu untuk buat kebaikan..


Alia Basirah WM

Panasnya cuaca, macam mana orang Palestin tinggal dalam khemah


Friday, 10 April 2026

Apa itu Islam?

 



Islam berasal daripada perkataan salam (dalam Bahasa Arab) yang bermaksud selamat atau sejahtera.


Dalam agama Islam, selamat adalah objektif. Ia juga adalah tema utama.


Kenapa "selamat" itu penting?


Kerana...apa jua nikmat yang ada di muka bumi ini tak akan mampu dikecapi jika tiada elemen 'selamat'.


Contohnya:

Apa guna kaya raya tapi situasi sekeliling tidak selamat.Orang saling membunuh dan sebagainya.Tak tenteram.


Dan dalam Islam, keselamatan yang paling utama sudah tentulah selamat daripada api neraka.


Okay...kita tangguh dahulu tentang cerita neraka.


Ada baiknya kita fokus pada konsep Islam dahulu.


Orang Islam menyembah Allah. Walaupun setiap tahun di musim haji, anda melihat orang Islam sujud kepada kaabah, tetapi hakikatnya kami bukan sembah kaabah, tapi kami menyembah Allah.


Kaabah atau yang dikatakan kotak hitam itu sebenarnya bukan untuk disembah. Kaabah sebenarnya hanyalah kiblat (arah) untuk kami menyembah Allah. Sebab itulah ia dipanggil rumah Allah (baitullah).


Walaupun dipanggil rumah Allah, Allah tak tinggal di situ..


Allah adalah tuhan yang sangat istimewa. Kita tak boleh nampak Allah, tetapi kita boleh rasa kewujudan dia.


Kewujudan Allah umpama elektrik. Kita tak nampak elektrik. Tapi kita boleh rasa kesannya. Lampu bercahaya, kipas berpusing...begitulah.


Jika seseorang muslim ingin solat, maka wajiblah dia menghadap mukanya ke arah kiblat.Apa hikmahnya?? Ini membolehkan semua muslim dapat solat walau di mana sahaja dia berada.


Samada di hutan, lautan atau angkasa... selagi muslim itu tahu arah kiblat, dia tetap boleh solat walau di mana sahaja dia berada.


Solat tak semestinya di masjid. Semua tempat boleh solat selagi ia bersih dan tidak melibatkan rumah ibadat agama lain. Contohnya, muslim tak boleh solat di tokong atau kuil.


Bersambung.....

Alia Basirah WM

Berminat nak faham Islam, boleh hubungi saya







Wednesday, 8 April 2026

Dakwah apa hari ini?

 

Gambar sekadar hiasan....



Alia....dakwah apa hari ini?


Barangkali inilah soalan yang aku perlu tanya diri ini setiap hari.


Agar aku sedar bahawa hakikat aku ini adalah seorang hamba. HAMBA ALLAH, bukan hamba media sosial.


Bahkan aku dilahirkan ke dunia untuk menyempurnakan tugasanku sebagai hambaNya.


Dan aku akui antara tugas seorang hamba adalah beribadah dan berdakwah (amar makruf nahi mungkar).


Namun, meski diriku dilimpahi nikmatNya, kadang-kadang aku merasakan diri ini masih dililit kelalaian dalam berdakwah.


Tidak serius

Tidak bersungguh-sungguh

Tidak konsisten


Aku malu dengan diri ini. Padahal, limpahan nikmat yang ku kecapi..bukankah sepatutnya menambah syukurku?


Bagaimana ku harus menzahirkan syukur?


Pastinya mengangkat agamaNya ke daulah tertinggi..


Ya Allah, aku ingin sekali berubah.Menjadi hamba yang berbakti di jalan agamaMu... golongan Al-Abrar..


Tika aku membelek naskah cintaMu... terus ku amati ayat yang indah ini.


Sesungguhnya orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [Al-Baqarah: 218]


Ma sha Allah..bantulah aku berhijrah Ya Allah..Hijrah daripada kelalaian kepada kesedaran.


Terutamanya sedar dari kelalaian bermedia sosial.


Aku tak ingin masa aku berlalu hangus di hujung jari.


Allahu..


Alangkah beratnya ujian akhir zaman.


Iringi langkahku Ya Allah, agar aku terus berusaha menggapai rahmatMu.. itulah matlamat hijrahku.


Alia Basirah WM

Masih mencari rentak hijrah

Tuesday, 7 April 2026

Lelaki akhir zaman

 




Zaman sekarang, berapa kerat je lelaki yang boleh tahan pandangan mata.



Video pornografi tu dah jadi makanan gamaknya.



Kalau tak tengok porn dalam masa sehari, jadi tak tentu arah.



Dosa pahala letak tepi, nafsu dijadikan tuhan



Masa susah tahu nak cari tuhan. Bila diberi rezeki, terus lagha, alpa... nak cari masa baca Al Quran punya lah kedekut



Perempuan pun satu hal. Bertabarruj berlebihan..pamer tubuh badan kat awam. Sampai bila kita nak hidup dalam kitaran ni?



Jangan dah Malaikat Izrail tiba2 datang, baru tau nak menyesal.



Alia Basirah WM

Fazakkir, fa inna zikra tanfa'ul mukminin

Tetamu 16 Syawal

 


Hai kawan-kawan...


Hari ini ada tetamu datang beraya rumah aku. Keluarga bapa saudara suami aku.


Aku masa Nasi Arab dan puding koktail.


Nasi Arab tu, aku beli yang pek sahaja. Ikut je arahan dia, in sha Allah jadi.


Aku sejenis memasak wajib ada sukatan yang fixed, terutamanya kalau untuk tetamu.


Aku pun takut juga kalau menu tak menjadi.


Tapi dah banyak kali dah aku masak guna pek nasi arab ni..memang menjadi setakat ni

Tunjuk sikit gambar menu raya aku.. in sha Allah, jadi pencetus semangat untuk next menu..huhu..





Thursday, 2 April 2026

Kejamnya Israel!!

 



Malam ini aku bersedih...


Mengenangkan nasib saudara-saudaraku di Palestin.


Dengar kata 100 tahanan akan dihukum mati hari ini.


Kita semua pun tahu, Knesset (Parlimen Israel) meluluskan hukuman mati untuk tahanan Palestin.


Sedihnya, mereka ditangkap tanpa melakukan kesalahan, kemudian dipaksa mengaku untuk melakukan tindakan keganasan, dan akhirnya dihukum mati.


Tidak terbayang bagaimana perasaan ahli keluarga


Tidak tergambar sedihnya para tahanan..


Antara cadangan hukuman adalah kaedah suntikan maut dan kerusi elektrik.


Alangkah kejamnya!!


Ya Allah, sezalim itukah hukuman dunia??

Patutlah Kau cipta neraka Ya Allah.

 Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha membalas (Al-Muntaqim)..



Hanya kepadaMu kami berserah


Semoga yang nak menghukum tahanan itu hancur lebur terkena rudal Iran..Ameen Ya Rabb.


Alia Basirah WM

Moga kita istiqomah untuk perjuangkan nasib rakyat Palestin


Post terbaru

Meski sekadar Istighfar