Nak menulis apa ya hari ini??
Okaylah...
Hari ini aku cerita sikit ada orang sedang buat renovate (penyelanggaraan) kat rumah aku..
Suami aku nak tambah dapur dan bilik di kawasan belakang rumah..
Dan bina pagar baru supaya senang nak parking kereta kat garaj baharu.
Bila fikir-fikir balik....
Ini rumah kita di dunia.
Masih dalam pembinaan..
Itu pun perlukan pelaburan
Perlukan pelan pembinaan
Semuanya perlu ada perancangan rapi.
Bagaimana pula rumah kita di akhirat?
Adakah kita meluangkan masa untuk membina mahligai kita di Syurga
Atau...
Adakah kita telah mempersiapkan rumah qubur kita?
Rumah di dunia hanyalah sementara, tapi rumah akhirat, itulah yang kekal abadi.
Antara amalan nak membina rumah di Syurga adalah :
1. Bantu bina masjid (infaq, imarahkan, uruskan masjid)
2. Baca Surah Al-ikhlas 10 kali sehari
Daripada Mu’adh bin Anas al-Juhani RA, Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sehingga selesai sebanyak 10 kali, Allah akan membina untuknya sebuah istana (mahaligai) di dalam syurga. Hadis ini direkodkan dalam Musnad Ahmad dan dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani.
Alia Basirah WM
Semoga post ini menjadi batu binaan rumahku di akhirat

No comments:
Post a Comment