Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Tuesday, 7 April 2026

Lelaki akhir zaman

 




Zaman sekarang, berapa kerat je lelaki yang boleh tahan pandangan mata.



Video pornografi tu dah jadi makanan gamaknya.



Kalau tak tengok porn dalam masa sehari, jadi tak tentu arah.



Dosa pahala letak tepi, nafsu dijadikan tuhan



Masa susah tahu nak cari tuhan. Bila diberi rezeki, terus lagha, alpa... nak cari masa baca Al Quran punya lah kedekut



Perempuan pun satu hal. Bertabarruj berlebihan..pamer tubuh badan kat awam. Sampai bila kita nak hidup dalam kitaran ni?



Jangan dah Malaikat Izrail tiba2 datang, baru tau nak menyesal.



Alia Basirah WM

Fazakkir, fa inna zikra tanfa'ul mukminin

Tetamu 16 Syawal

 


Hai kawan-kawan...


Hari ini ada tetamu datang beraya rumah aku. Keluarga bapa saudara suami aku.


Aku masa Nasi Arab dan puding koktail.


Nasi Arab tu, aku beli yang pek sahaja. Ikut je arahan dia, in sha Allah jadi.


Aku sejenis memasak wajib ada sukatan yang fixed, terutamanya kalau untuk tetamu.


Aku pun takut juga kalau menu tak menjadi.


Tapi dah banyak kali dah aku masak guna pek nasi arab ni..memang menjadi setakat ni

Tunjuk sikit gambar menu raya aku.. in sha Allah, jadi pencetus semangat untuk next menu..huhu..





Thursday, 2 April 2026

Kejamnya Israel!!

 



Malam ini aku bersedih...


Mengenangkan nasib saudara-saudaraku di Palestin.


Dengar kata 100 tahanan akan dihukum mati hari ini.


Kita semua pun tahu, Knesset (Parlimen Israel) meluluskan hukuman mati untuk tahanan Palestin.


Sedihnya, mereka ditangkap tanpa melakukan kesalahan, kemudian dipaksa mengaku untuk melakukan tindakan keganasan, dan akhirnya dihukum mati.


Tidak terbayang bagaimana perasaan ahli keluarga


Tidak tergambar sedihnya para tahanan..


Antara cadangan hukuman adalah kaedah suntikan maut dan kerusi elektrik.


Alangkah kejamnya!!


Ya Allah, sezalim itukah hukuman dunia??

Patutlah Kau cipta neraka Ya Allah.

 Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha membalas (Al-Muntaqim)..



Hanya kepadaMu kami berserah


Semoga yang nak menghukum tahanan itu hancur lebur terkena rudal Iran..Ameen Ya Rabb.


Alia Basirah WM

Moga kita istiqomah untuk perjuangkan nasib rakyat Palestin


Tuesday, 31 March 2026

Resepi raya 2026

 


Hai kawan-kawan...

Hari ini aku nak kongsi menu raya 2026 kat rumah aku..


Hari pertama raya kat rumah aku (di Paka), aku buat menu mee soto.


Aku pilih mee soto sebab aku lebih cenderung memilih real food. Dulu aku selalu masak bakso guna bebola daging.



Masak bakso memang mudah, tapi aku kurang berkenan sebab kena guna bebola daging. Boleh nak guna daging biasa tapi agak renyah.



Jadi aku pun buat keputusan nak masak mee soto..



Resepi ni mudah je. First time aku cuba menu ni untuk raya.Alhamdulillah menjadi.



Lepas tu, aku ada juga buat puding laici. Nyum..nyum..sedapnya makan sejuk-sejuk.


Laku weyh puding aku..habis licin. Alhamdulillah..


Suami aku pula bakar sate. Dia beli sate frozen kat DM pemborong Kuala Berang..Sedap wei.semua orang puji. Tapi aku tak ingat pula pula sate jenama apa..



Antara tetamu yang hadir. Ni semua sepupu2 aku yang duduk area Paka. Bolehlah jemput diorang untuk buat makan2.

Aku bersyukur pada Allah.Walaupun aku.ni tak berapa pandai masak sangat, tapi Allah tetap rezekikan aku untuk meraikan tetamu dengan menu hasil tangan aku.

Barulah ada kepuasan sikit bila nak hidang untuk tetamu. Alhamdulillah.

Alia Basirah WM
Syukur seadanya



Sunday, 22 March 2026

Raya 2026 dan refleksi Ramadan

 

Raya pertama di kampung


Ramadan tahun ini, jujurnya aku banyak tak puas hati dengan diri aku.


Walaupun aku dah cuba buat persediaan sebelum Ramadan..cari ilmu, buat ulangkaji hal ehwal ramadan tapi 180 darjah situasi itu bertukar.


Awalnya, aku rasa macam banyak "bocor". Ada target ibadah tak tercapai. 


Tapi akhirnya Ramadan inilah mengajar aku bahawa kekurangan itulah yang menjadikan aku ini hamba.


Sebenarnya, dulu memang ada Ramadan yang ku rasa kosong meskipun dah khatam  Quran 30 juzuk.


Entah kenapa..perasaan nak menangis menghayati momen solat tu rasa susah. Walaupun dah tadabbur Quran bagai. Sadis betul.


Tapi ada kalanya ramadan itu penuh dengan kealpaan, penuh dengan cubaan dan dugaan yang menyebabkan aku gagal mendirikan amalan-amalan rohani...


Tapi akhirnya itulah yang membuatkan aku menangis, merintih kerana mengenangkan betapa gagal dan lemahnya aku untuk menjadi hamba Allah yang baik.


Begitulah..ada kalanya jalan menuju tuhan itu  adalah penyesalan atas dosa-dosa lalu, bukan amal soleh semata-mata.


Bagi aku setiap ramadan itu berbeza..tapi itulah yang membuahkan makna yang mendidik kita untuk menjadi hamba yang lebih baik.


Bagi ramadan akan datang, moga ada jalan dan peluang untuk aku terus berusaha mencapai ketaqwaan di sisiNya.


Salam Aidilfitri semua. Taqobballahu minna wa minkum.


Alia Basirah WM

Syukur atas tarbiyah Ramadan


Moga raya kita menjadi ibadah dan wadah untuk eratkan silaturrahim sesama kita. 

Tuesday, 17 February 2026

Persediaan Ramadan 2026

 



Selepas mendengar podcast ustaz Azlan Shah ni, maka fahamlah aku bahawa:


1. Dalam Quran,surah Al -Baqarah ayat (183), Ramadan ni ada tiga tema.Taqwa, petunjuk dan syukur.


2. Taqwa(mindfullness). Ia soal kesedaran. Di Malaysia, kita diuji Ramadan sebagai pesta makanan. Jadi kita kena "mind" (sedar) dengan perkara ini, dan berusaha untuk makan secara optimum, tidak berlebihan dan membazir.


3. Taqwa juga dengan sedar sosial media banyak alih perhatian kita daripada buat ibadat. Jadi, kena kurangkan segala distraction aplikasi yang melalaikan kita di bulan Ramadan. Uninstall apps jika perlu.



4. Tema kedua ialah petunjuk (Guidance). Pastikan kita benar2 bonding dengan Quran. Tak khatam takpe. Pilih 2 surah and go deeper (bak kata ustaz)


5. Tadabbur Quran sampai kita benar-benar rasa connected dengan Quran.


6. Tema ketiga ialah Syukur. Ada dua konteks syukur iaitu doa dan hubungan kekeluargaan.


7. Kata buya Hamka, doa adalah saripati ibadah. Analogi doa ialah dinamo basikal.Makin banyak doa, makin terang jalan menuju tuhan. 


8. Dalam Islam, kita boleh berdoa kepada Allah secara direct tanpa perantaraan. Minta pada Allah hatta sekecil-kecil perkara. Berdoa itu tanda kehambaan.


9. Dalam konteks keluarga kena baiki balik hubungan suami isteri. Puasa ajar kita kemaskan foundation rumah tangga.


10. Maksudnya, dalam beribadah, jangan sampai lupakan hak pasangan dan ahli keluarga.


11. Bahkan sedeqah terbaik ialah apa yang kamu suapkan kepada isteri dan anak-anakmu.


12. Kesimpulan.Natijah Ramadan adalah karakter kita, hasil daripada self- control yang kita set up sepanjang Ramadan.


13. Beza orang yang "dapat" Ramadan dengan yang "tak dapat" Ramadan adalah umpama langit dan bumi.


14. Justeru, beramallah seperti ini Ramadan terakhir kita.


Jazakallah ustaz atas perkongsiannya. Pautan video boleh diakses di sini



Alia Basirah WM

Salam Ramadan Al-Mubarak


Monday, 26 January 2026

Review Komik Siri Aichan

 



Hai kawan-kawan


Hari ini aku nak ulas sikit pasal buku Siri Aichan terbitan Iman Publication.


Minggu lepas, semasa aku pergi SMO Kuala Berang, aku main rembat je buku ni kat rak buku.😅


Tak sempat nak tilik sebab aku nak cepat. Aku tanya anak aku...dan dia setuju, terus aku bayar.


Tapi bila balik rumah, ralit bukan main dia baca komik ni. Dia punya teruja, sampai dia rasa nak bela haiwan.


Tajuk buku yang aku beli ada dua.


✅ Aichan Menolong Monyet Comel yang Lapar


✅ Keluarga Baru Aichan, Misi Mengenal Allah


Bagi aku komik ini menarik sebab:


1. Laras bahasa


Bahasa Melayu dia tak rojak berbanding buku komik lain. Tetapi tetap ringkas dan mudah difahami. 


2. llustrasi 


Susun atur dan reka letak kartun dia kemas dan teratur sahaja. Anak boleh faham plot dengan jelas tanpa ada kekeliruan.


3. Plot


Jalan cerita dia memang menarik. Anak aku siap suruh beli lagi Komik Aichan siri yang lain.


Yang paling seronok, bila anak-anak aku boleh tiru balik cerita dalam komik ni.


Contohnya cerita ayah Aichan ajar Aichan mengaji (lihat gambar di bawah)


Dan kemudian


Anak aku buat pai huruf hijaiyyah guna plastisin.


Secara tak langsung anak korang terinspirasi
 nak buat aktiviti.



Tak sangka komik ni boleh tarik anak-anak aku belajar agama.Alhamdulillah.


Ha..korang tunggu apa lagi. Bolehlah belikan komik ni untuk anak-anak. Niatkan agar boleh tanam minat anak untuk cintakan buku, In shaAllah.



Ini masa Ayah Aichan ajar anaknya mengaji

Friday, 23 January 2026

Tip atasi ketagihan media sosial

 


Main FB memang sedap..


Ralit....

Release stress..

Me time katakan...


Tapi harga yang perlu dibayar adalah iman kita.


Memang sedap main FB..


Tapi lama-lama..


Solat semakin berat

Nak baca Quran jadi payah


Allahu...


Kalau perkara yang bersifat keinginan (main FB) pun, iman kita boleh tergadai...apatah lagi bila perkara berkait keperluan.


Ingat, bila Dajjal turun nanti, dunia berada dalam kemarau teruk, kebuluran dan tak cukup makanan.


Tapi apa harga yang perlu dibayar untuk dapatkan makanan?


Iman kita.. 


Kena akui Dajjal tuhan, baru dapat makanan


Nauzubillah..


Jadi, jom jaga iman kita.Jangan sampai ia tergadai hanya kerana kita tewas dengan media sosial.


Bagaimana nak buat?


1. Solat taubat


Nak ubah sesuatu, kalau tak ada "campur tangan" Allah, memang susah.


Dahulukan taubat.Minta ampun kepada Allah atas dosa dan kelalaian kita sebab ketagih sangat main FB.


2. Utamakan Al-Quran


Wajibkan diri baca Al-Quran dahulu sebelum main gajet. Jangan amal tengok jam dekat telefon lepas bangun tidur.Bahaya!!


Lepas subuh terus capai Quran. Walaupun rasa susah sangat...tapi itulah Mujahadah. Latih diri kita jadi pejuang subuh setiap pagi.


Pastikan "basis" hari kita adalah ikatan iman dengan Allah. Bila iman mantap, barulah tak tergoda dengan konten tanpa had di media sosial.


3. Set timer


Tentukan tempoh masa berapa lama yang kita perlukan untuk scroll FB.


Untuk permulaan boleh buat 1 jam sehari. Lama-lama boleh dipendekkan kepada 30 minit sehari. Bergantung kepada tujuan kita guna media sosial.


Ingat, nak cari maklumat pun kena letak timer.Supaya kita tak hanyut.


Tak dinafikan media sosial banyak kelebihan, tapi kena juga didik diri kita untuk berpada-pada agar tidak berlebihan.


Alia Basirah WM

Jom bina kesedaran bermedia sosial

Thursday, 22 January 2026

2026: Aku bangkit

 




Permulaan 2026 aku sangat tidak memberansangkan


Kesibukan di awal tahun disebabkan majlis kahwin ahli keluarga..


Kemudian ada kematian mengejut ahli keluarga


Ditambah pula dengan tempoh haid aku yang agak lama...


Dengan tidak ada planner untuk 2026


Maka segalanya ke laut


Disiplin aku terhadap media sosial semakin merosot.


Aku kembali lemas dalam gelombang media sosial.


Waktu subuh pun tidak lagi dimulakan dengan bacaan Quran.


Ini silap aku.


Bukan salah orang lain.


Tapi aku sedar, aku hanyalah manusia. Ada jatuh bangun. Imanku naik turun.


Aku bukan malaikat. Statik beramal tanpa ujian.


Aku hanya manusia biasa..


Yang ingin bangkit mencari redhaMu ya tuhan..


Maka Kau perbaikilah keadaan hambaMu ini..


Hanya kepadaMu aku mendambakan kekuatan dan pertolongan Ya Rabb..


Alia Basirah WM

Ingin bangkit

Wednesday, 14 January 2026

Mati Mengejut


Kenangan arwah Pak Tunggal (berbaju biru) masa majlik naik rumah aku di Paka


Aku tak tahu kenapa aku nak tulis pasal kisah kematian je tahun ini..


Antara satu kematian mengejut yang aku terima tahun ini ialah kematian bapa saudara suami aku.


Kami memang terkejut sangat sebab baru dua hari sebelum tu, dia memang sihat walafiat je hadir walimah adik ipar aku.


Kami panggi dia Pak Tunggal. Dia tu adik-beradik sebapa dengan mama aku.Walaupun mak lain-lain, tapi hubungan adik-beradik mama dengan Pak Tunggal ni rapat.


Aku ingat lagi macam mana suami aku kejutkan aku pukul 3 pagi. Masa tu baru dapat panggilan dari mama.


Dia bisik kat aku: "Pak Tunggal meninggal".


Aku yang masih mamai masa tu seakan tertanya-tanya betul ke berita ni.


Dengar khabar, mudah sangat Pak Tunggal meninggal. Sambil duduk bersandar, terbatuk-batuk sikit lepas minum air, kemudian terus tak sedar.


Tapi memang dia bangun minum air sebab macam ada sakit dada sikit malam tu. Entahlah, aku tak pasti doktor tulis apa dekat ruangan "cause of death" arwah dalam surat kematian dia.


Pak Tunggal ni pendiam orangnya. Aku secara peribadi tak ada kenangan sangat dengan dia.


Cuma ada satu momen je, dia mitak tolong aku letak sikit bubur pulut hitam untuk dia makan masa kenduri kahwin adik ipar aku.Itu je setakat yang aku ingat.


Masa dia meninggal, ramai orang solatkan jenazah dia,  walaupun masa tu waktu solat Zohor. Kariah kat kampung pun tahu yang Pak Tunggal ni kaki masjid.


Ya Allah, bila difikirkan balik, amal apa je yang telah aku persembahkan kat Allah..ampuni aku ya Allah


Alia Basirah WM

Terus Menginsafi diri

Sunday, 4 January 2026

Ingat mati

 



Kematian...


Kata Imam Ghazali, sebenarnya perkara yang paling dekat dalam hidup kita adalah kematian.


Beza hidup dan mati ni cuma satu saat je..


Ya Allah..


Dunia yang kita diami ni hanya 1 saat terpisah dengan akhirat.


Di akhirat, kita akan hadap kehidupan abadi...samada Syurga selama-lamanya atau neraka selama-lamanya.


Allahu..


Sebab itulah tak terbayang rasanya penyesalan orang yang dah mati...


Yang beramal pun akan menyesal, apatah lagi yang tidak beramal.


Setakat aku masuk 2026, ada tiga kematian yang menginsafkan yang lalu dalam FB aku


Maut sebab kanser

Maut sebab kena sengat tebuan

Maut sebab kemalangan


Dan mereka ni semua muda-muda.


Umur 20-an dan 30-an


Tengok kematian orang, auto kita akan terfikirkan bagaimana pengakhiran kita sendiri.


Dalam Islam, saranan ingat mati itu sentiasa ada.Contohnya dalam hadis di bawah:




Justeru marilah kita sama-sama berjuang memperbaiki amal kita.


In sha Allah, selama kita hidup, peluang bertaubat sentiasa terbuka untuk kita.


Moga Allah meletakkan kita berada di landasan yang betul dalam transit kita menuju syurgaNYA.


Alia Basirah WM

Ya Allah, aku nak mati husnul khatimah

Post terbaru

Lelaki akhir zaman