Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Monday, 26 January 2026

Review Komik Siri Aichan

 



Hai kawan-kawan


Hari ini aku nak ulas sikit pasal buku Siri Aichan terbitan Iman Publication.


Minggu lepas, semasa aku pergi SMO Kuala Berang, aku main rembat je buku ni kat rak buku.😅


Tak sempat nak tilik sebab aku nak cepat. Aku tanya anak aku...dan dia setuju, terus aku bayar.


Tapi bila balik rumah, ralit bukan main dia baca komik ni. Dia punya teruja, sampai dia rasa nak bela haiwan.


Tajuk buku yang aku beli ada dua.


✅ Aichan Menolong Monyet Comel yang Lapar


✅ Keluarga Baru Aichan, Misi Mengenal Allah


Bagi aku komik ini menarik sebab:


1. Laras bahasa


Bahasa Melayu dia tak rojak berbanding buku komik lain. Tetapi tetap ringkas dan mudah difahami. 


2. llustrasi 


Susun atur dan reka letak kartun dia kemas dan teratur sahaja. Anak boleh faham plot dengan jelas tanpa ada kekeliruan.


3. Plot


Jalan cerita dia memang menarik. Anak aku siap suruh beli lagi Komik Aichan siri yang lain.


Yang paling seronok, bila anak-anak aku boleh tiru balik cerita dalam komik ni.


Contohnya cerita ayah Aichan ajar Aichan mengaji (lihat gambar di bawah)


Dan kemudian


Anak aku buat pai huruf hijaiyyah guna plastisin.


Secara tak langsung anak korang terinspirasi
 nak buat aktiviti.



Tak sangka komik ni boleh tarik anak-anak aku belajar agama.Alhamdulillah.


Ha..korang tunggu apa lagi. Bolehlah belikan komik ni untuk anak-anak. Niatkan agar boleh tanam minat anak untuk cintakan buku, In shaAllah.



Ini masa Ayah Aichan ajar anaknya mengaji

Friday, 23 January 2026

Tip atasi ketagihan media sosial

 


Main FB memang sedap..


Ralit....

Release stress..

Me time katakan...


Tapi harga yang perlu dibayar adalah iman kita.


Memang sedap main FB..


Tapi lama-lama..


Solat semakin berat

Nak baca Quran jadi payah


Allahu...


Kalau perkara yang bersifat keinginan (main FB) pun, iman kita boleh tergadai...apatah lagi bila perkara berkait keperluan.


Ingat, bila Dajjal turun nanti, dunia berada dalam kemarau teruk, kebuluran dan tak cukup makanan.


Tapi apa harga yang perlu dibayar untuk dapatkan makanan?


Iman kita.. 


Kena akui Dajjal tuhan, baru dapat makanan


Nauzubillah..


Jadi, jom jaga iman kita.Jangan sampai ia tergadai hanya kerana kita tewas dengan media sosial.


Bagaimana nak buat?


1. Solat taubat


Nak ubah sesuatu, kalau tak ada "campur tangan" Allah, memang susah.


Dahulukan taubat.Minta ampun kepada Allah atas dosa dan kelalaian kita sebab ketagih sangat main FB.


2. Utamakan Al-Quran


Wajibkan diri baca Al-Quran dahulu sebelum main gajet. Jangan amal tengok jam dekat telefon lepas bangun tidur.Bahaya!!


Lepas subuh terus capai Quran. Walaupun rasa susah sangat...tapi itulah Mujahadah. Latih diri kita jadi pejuang subuh setiap pagi.


Pastikan "basis" hari kita adalah ikatan iman dengan Allah. Bila iman mantap, barulah tak tergoda dengan konten tanpa had di media sosial.


3. Set timer


Tentukan tempoh masa berapa lama yang kita perlukan untuk scroll FB.


Untuk permulaan boleh buat 1 jam sehari. Lama-lama boleh dipendekkan kepada 30 minit sehari. Bergantung kepada tujuan kita guna media sosial.


Ingat, nak cari maklumat pun kena letak timer.Supaya kita tak hanyut.


Tak dinafikan media sosial banyak kelebihan, tapi kena juga didik diri kita untuk berpada-pada agar tidak berlebihan.


Alia Basirah WM

Jom bina kesedaran bermedia sosial

Thursday, 22 January 2026

2026: Aku bangkit

 




Permulaan 2026 aku sangat tidak memberansangkan


Kesibukan di awal tahun disebabkan majlis kahwin ahli keluarga..


Kemudian ada kematian mengejut ahli keluarga


Ditambah pula dengan tempoh haid aku yang agak lama...


Dengan tidak ada planner untuk 2026


Maka segalanya ke laut


Disiplin aku terhadap media sosial semakin merosot.


Aku kembali lemas dalam gelombang media sosial.


Waktu subuh pun tidak lagi dimulakan dengan bacaan Quran.


Ini silap aku.


Bukan salah orang lain.


Tapi aku sedar, aku hanyalah manusia. Ada jatuh bangun. Imanku naik turun.


Aku bukan malaikat. Statik beramal tanpa ujian.


Aku hanya manusia biasa..


Yang ingin bangkit mencari redhaMu ya tuhan..


Maka Kau perbaikilah keadaan hambaMu ini..


Hanya kepadaMu aku mendambakan kekuatan dan pertolongan Ya Rabb..


Alia Basirah WM

Ingin bangkit

Wednesday, 14 January 2026

Mati Mengejut


Kenangan arwah Pak Tunggal (berbaju biru) masa majlik naik rumah aku di Paka


Aku tak tahu kenapa aku nak tulis pasal kisah kematian je tahun ini..


Antara satu kematian mengejut yang aku terima tahun ini ialah kematian bapa saudara suami aku.


Kami memang terkejut sangat sebab baru dua hari sebelum tu, dia memang sihat walafiat je hadir walimah adik ipar aku.


Kami panggi dia Pak Tunggal. Dia tu adik-beradik sebapa dengan mama aku.Walaupun mak lain-lain, tapi hubungan adik-beradik mama dengan Pak Tunggal ni rapat.


Aku ingat lagi macam mana suami aku kejutkan aku pukul 3 pagi. Masa tu baru dapat panggilan dari mama.


Dia bisik kat aku: "Pak Tunggal meninggal".


Aku yang masih mamai masa tu seakan tertanya-tanya betul ke berita ni.


Dengar khabar, mudah sangat Pak Tunggal meninggal. Sambil duduk bersandar, terbatuk-batuk sikit lepas minum air, kemudian terus tak sedar.


Tapi memang dia bangun minum air sebab macam ada sakit dada sikit malam tu. Entahlah, aku tak pasti doktor tulis apa dekat ruangan "cause of death" arwah dalam surat kematian dia.


Pak Tunggal ni pendiam orangnya. Aku secara peribadi tak ada kenangan sangat dengan dia.


Cuma ada satu momen je, dia mitak tolong aku letak sikit bubur pulut hitam untuk dia makan masa kenduri kahwin adik ipar aku.Itu je setakat yang aku ingat.


Masa dia meninggal, ramai orang solatkan jenazah dia,  walaupun masa tu waktu solat Zohor. Kariah kat kampung pun tahu yang Pak Tunggal ni kaki masjid.


Ya Allah, bila difikirkan balik, amal apa je yang telah aku persembahkan kat Allah..ampuni aku ya Allah


Alia Basirah WM

Terus Menginsafi diri

Sunday, 4 January 2026

Ingat mati

 



Kematian...


Kata Imam Ghazali, sebenarnya perkara yang paling dekat dalam hidup kita adalah kematian.


Beza hidup dan mati ni cuma satu saat je..


Ya Allah..


Dunia yang kita diami ni hanya 1 saat terpisah dengan akhirat.


Di akhirat, kita akan hadap kehidupan abadi...samada Syurga selama-lamanya atau neraka selama-lamanya.


Allahu..


Sebab itulah tak terbayang rasanya penyesalan orang yang dah mati...


Yang beramal pun akan menyesal, apatah lagi yang tidak beramal.


Setakat aku masuk 2026, ada tiga kematian yang menginsafkan yang lalu dalam FB aku


Maut sebab kanser

Maut sebab kena sengat tebuan

Maut sebab kemalangan


Dan mereka ni semua muda-muda.


Umur 20-an dan 30-an


Tengok kematian orang, auto kita akan terfikirkan bagaimana pengakhiran kita sendiri.


Dalam Islam, saranan ingat mati itu sentiasa ada.Contohnya dalam hadis di bawah:




Justeru marilah kita sama-sama berjuang memperbaiki amal kita.


In sha Allah, selama kita hidup, peluang bertaubat sentiasa terbuka untuk kita.


Moga Allah meletakkan kita berada di landasan yang betul dalam transit kita menuju syurgaNYA.


Alia Basirah WM

Ya Allah, aku nak mati husnul khatimah

Post terbaru

Persediaan Ramadan 2026