Hari ini sebenarnya aku tak tahu nak tulis pasal apa..
Tadi aku mengadu kat encik suami, "abang...tak ada pun orang beli ebook ibu"
🥲🥲
"Itulah..buat tajuk bila pena menari"
Orang pun confuse, tak tak tahu buku tu pasal apa.
Kalau kita ni orang baru menulis, tulis tajuk buku yang senang orang nak faham..
Kita kena sedar diri. Kita ni bukan Elon Musk, bukan Mark Zuckerberg.
Yang kalau tulis apa-apa pun orang confirm beli.
Lepas tu aku tanya lagi...abang kan ada jual ubat ayam. Target customer dah ada.Apa pendapat abang kalau ibu tulis buka tentang panduan ternak ayam ke?
Tak payah.... orang yang main ayam mana suka baca buku...
Tulis apa yang awak tahu je...
Contohnya tulis buku panduan ajar anak mengaji di rumah ke...
Atau panduan ajar anak solat ke...
Okeylah..hari ini aku terima kritikan dan saranan suami aku pasal penulisan aku.
Tugas aku sekarang adalah nak kena improve, nak kena perbaiki kesilapan aku....
Menulis ini bukan sekadar menulis. Ia tentang perjalanan. Ia adalah tentang menjual idea.
Aku akui bahawa masih banyak lagi kelemahan aku dalam penulisan.
Terima kasih suami atas kritikan membina hari ini.
Dan kepada yang nak tahu Ebook aku pasal apa??? Baca ni.
Anda nak menulis buku, tapi asyik tak jadi?
Idea banyak.
Semangat ada.
Tapi manuskrip tak bergerak. 😔
Takut tulisan tak cukup bagus.
Takut orang tak suka.
Tak tahu nak mula dari mana.
Mungkin anda bukan tak mampu menulis.
Anda cuma perlukan keberanian untuk mula.
📖 Bila Pena Menari adalah sebuah ebook untuk penulis baru yang mahu mencari semula semangat, keberanian dan tujuan dalam menulis.
Kerana menulis bukan tentang menjadi sempurna.
Ia tentang berani menyampaikan sesuatu yang bermanfaat.
✨ Alang-alang menulis, biarlah sampai ke Syurga.
Bila Pena Menari — untuk anda yang sudah lama mahu menulis, tetapi belum benar-benar bermula.
Dapatkan ebook di pautan ini https://myebook.com.my/books/26276ec8-c55d-4b30-9689-b620733c7dc6
Alia Basirah WM
Tegar menulis

No comments:
Post a Comment