Deep betul perkongsian pagi ni.Memang tertusuk.
Pernah dengar tentang Salah Atiyya, seorang jutawan dari Mesir.
Asalnya beliau ni bekas tentera. Jadi, semasa bersara jadi tentera, dia tiada pendapatan.
Dia pun pun berpakat dengan kawan-kawan dia nak buat bisnes ayam.
Bisnes dia memerlukan 10 orang untuk memegang saham. Sembilan orang dah jumpa.Tapi nak cari peserta ke sepuluh, punyalah susah.
Salah Atiyya pun suatu hari berbincang dengan rakan niaga dia.Dia kata aku dah jumpa seorang lagi yang berminat dengan bisnes kita.
Siapa? Tanya kawan dia.
Salah Atiyya menjawab
Allah. Dalam hitam putih bisnes dia, keuntungan untuk Allah dia letak dalam 10 persen.
Dalam surat perjanjian, siap diletakkan saham Allah yang Maha Agong.
Lepas tu apa jadi kepada bisnes dia?
Memang berkembang weyh..
Saham yang dia peruntuntukkan untuk Allah dari 10 persen, naik jadi 20 persen.
Habis...dia guna duit tu untuk apa?
Mula-mula sekali, dia bina pusat Tahfiz, siap belikan van untuk anka-anak Tahfiz ulang alik pergi sekolah.
Kemudian dia guna duit tu untuk buka kelas jahitan.Dia bagi kemahiran menjahit dekat para wanita.Kemudian, dia upah para wanita ni tadi untuk.jahit uniform budak sekolah tahfiz tadi.
Antara kehebatan Salah Atiyya ni, dia berjaya bina sistem.Hingga di kampungnya, tiada lansung orang menganggur.Semua ada pekerjaan sendiri.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment