Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Thursday, 22 January 2026

2026: Aku bangkit

 




Permulaan 2026 aku sangat tidak memberansangkan


Kesibukan di awal tahun disebabkan majlis kahwin ahli keluarga..


Kemudian ada kematian mengejut ahli keluarga


Ditambah pula dengan tempoh haid aku yang agak lama...


Dengan tidak ada planner untuk 2026


Maka segalanya ke laut


Disiplin aku terhadap media sosial semakin merosot.


Aku kembali lemas dalam gelombang media sosial.


Waktu subuh pun tidak lagi dimulakan dengan bacaan Quran.


Ini silap aku.


Bukan salah orang lain.


Tapi aku sedar, aku hanyalah manusia. Ada jatuh bangun. Imanku naik turun.


Aku bukan malaikat. Statik beramal tanpa ujian.


Aku hanya manusia biasa..


Yang ingin bangkit mencari redhaMu ya tuhan..


Maka Kau perbaikilah keadaan hambaMu ini..


Hanya kepadaMu aku mendambakan kekuatan dan pertolongan Ya Rabb..


Alia Basirah WM

Ingin bangkit

Wednesday, 14 January 2026

Mati Mengejut


Kenangan arwah Pak Tunggal (berbaju biru) masa majlik naik rumah aku di Paka


Aku tak tahu kenapa aku nak tulis pasal kisah kematian je tahun ini..


Antara satu kematian mengejut yang aku terima tahun ini ialah kematian bapa saudara suami aku.


Kami memang terkejut sangat sebab baru dua hari sebelum tu, dia memang sihat walafiat je hadir walimah adik ipar aku.


Kami panggi dia Pak Tunggal. Dia tu adik-beradik sebapa dengan mama aku.Walaupun mak lain-lain, tapi hubungan adik-beradik mama dengan Pak Tunggal ni rapat.


Aku ingat lagi macam mana suami aku kejutkan aku pukul 3 pagi. Masa tu baru dapat panggilan dari mama.


Dia bisik kat aku: "Pak Tunggal meninggal".


Aku yang masih mamai masa tu seakan tertanya-tanya betul ke berita ni.


Dengar khabar, mudah sangat Pak Tunggal meninggal. Sambil duduk bersandar, terbatuk-batuk sikit lepas minum air, kemudian terus tak sedar.


Tapi memang dia bangun minum air sebab macam ada sakit dada sikit malam tu. Entahlah, aku tak pasti doktor tulis apa dekat ruangan "cause of death" arwah dalam surat kematian dia.


Pak Tunggal ni pendiam orangnya. Aku secara peribadi tak ada kenangan sangat dengan dia.


Cuma ada satu momen je, dia mitak tolong aku letak sikit bubur pulut hitam untuk dia makan masa kenduri kahwin adik ipar aku.Itu je setakat yang aku ingat.


Masa dia meninggal, ramai orang solatkan jenazah dia,  walaupun masa tu waktu solat Zohor. Kariah kat kampung pun tahu yang Pak Tunggal ni kaki masjid.


Ya Allah, bila difikirkan balik, amal apa je yang telah aku persembahkan kat Allah..ampuni aku ya Allah


Alia Basirah WM

Terus Menginsafi diri

Sunday, 4 January 2026

Ingat mati

 



Kematian...


Kata Imam Ghazali, sebenarnya perkara yang paling dekat dalam hidup kita adalah kematian.


Beza hidup dan mati ni cuma satu saat je..


Ya Allah..


Dunia yang kita diami ni hanya 1 saat terpisah dengan akhirat.


Di akhirat, kita akan hadap kehidupan abadi...samada Syurga selama-lamanya atau neraka selama-lamanya.


Allahu..


Sebab itulah tak terbayang rasanya penyesalan orang yang dah mati...


Yang beramal pun akan menyesal, apatah lagi yang tidak beramal.


Setakat aku masuk 2026, ada tiga kematian yang menginsafkan yang lalu dalam FB aku


Maut sebab kanser

Maut sebab kena sengat tebuan

Maut sebab kemalangan


Dan mereka ni semua muda-muda.


Umur 20-an dan 30-an


Tengok kematian orang, auto kita akan terfikirkan bagaimana pengakhiran kita sendiri.


Dalam Islam, saranan ingat mati itu sentiasa ada.Contohnya dalam hadis di bawah:




Justeru marilah kita sama-sama berjuang memperbaiki amal kita.


In sha Allah, selama kita hidup, peluang bertaubat sentiasa terbuka untuk kita.


Moga Allah meletakkan kita berada di landasan yang betul dalam transit kita menuju syurgaNYA.


Alia Basirah WM

Ya Allah, aku nak mati husnul khatimah

Post terbaru

Google Voice Typing