Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Friday, 31 July 2026

Syarikat Teknologi mengupa psikologist untuk pembangunan media sosial

 Kalian pernah dengar tak dulu ada Syarikat teknologi gergasi yang gunakan Psikologist untuk latih jurutera teknologi supaya buat satu aplikasi yang boleh mengubah tingkah laku manusia.


Mari aku ceritakan.


Aku dapat info ni pun lepas baca buku stolen focus yang ditulis oleh Johann Hari.


Hasil tulisan ni dikongsikan oleh Johann Hari selepas belia mewawancara bekas jurutera teknologi Google, Tristan Haris.


Dulu Tristan Haris ni merupakan alumni pelajar di Silicon Valley, sebuat pusat gergasi inovasi teknologi dunia.


Ada satu subjek yang dinamakan Persuasive Technologies Lab. Subjek inilah yang diajar oleh BJ Frog kepada jurutera teknologi.


Dalam subjek itu, mereka ditunjukkan bagaimana psikologist zaman dahulu berjaya mengubah tingkah laku haiwan mengikut teknik tertentu.


 Dalam kata lain, haiwan itu akan dilatih untuk menjadi seperti apa yang manusia inginkan.


Antara haiwan yang ditunjukkan ialah burung, tikus dan monyet.


Kemudian Prof berkata, cuba fikirkan bagaimana kita boleh mencipta kod supaya manusia mengikut seperti apa yang kita inginkan.


"Bunyinya seperti hebat",kata Tristan. Tristan dulu juga merupakan seorang yang mahir silap mata.


Dia pernah belajar silap mata dengan pakar silap mata terkemuka, James Brown


Dalam ilmu silap mata, antara perkara menarik yang kita pelajari ialah bagaimana kita boleh memanipulasi  perhatian orang lain mengikut apa yang kita inginkan....

No comments:

Post a Comment