Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Thursday, 31 July 2025

Price pact motivator

 Dulu aku ingat, aku tak boleh buat atau siapkan satu task sebab aku penat.


Padahal aku silap.Aku bukan penat.Tapi tak cukup bahan bakar @ motivasi.


Aku kan surirumah. Sibuk dengan kerja2 rumah, anak2...memang terasa sibuk. Rasa macam tak produktif.


Tapi semua ni berubah...


Sejak aku buat price pact motivator


Korang nak tahu tak apa itu price pact motivator??


Bahasa mudahnya..korang kena korbankan duit kalau tak dapat capai target korang dalam sehari.


Korbankan duit tu macam mana?


Kalau kau tak dapat settle kan kerja kau tu, kau kena bakar duit tu..Amacam?? Ada berani? Huhu..


Kalau nak lagi terkesan, kau gantung duit tu, dan tampal planner kat dinding.


Lepastu kau tanya diri kau setiap hari.. hari ini aku nak kena bakar duit atau aku berusaha siapkan target aku?


Percayalah cakap aku. Auto korang akan jadi konsisten sebab tak nak bakar duit punya pasal..haha!!

Ni price pact motivator aku bulan Julai
..Okaylah, capai apa yang aku target tanpa perlu bakar duit..huhu





Saturday, 28 June 2025

Kematian yang menghidupkan

 



Nurly Syahirah..


Sesuatu sangat dengan dia ni..


Walau sudah meninggal dunia dalam kemalangan bas UPSI, tetaplah namanya disebut-sebut.


Arwah mati dalam keadaan tangannya mendakap naskah Al-Quran.

Jauh beza dengan kita yang telefon yang sentiasa melekat kat tangan.

Serius aku malu... malu sangat dengan adik ni

Masih rapuh hubungan kita dengan Al-Quran


Bukan macam arwah Nurly..dia hidup dengan Quran, habiskan masa dengan quran...


Quran umpama telefon.Wajib dibawa ke mana-mana.Keluarga dia cakap, kalau musafir arwah tak pernah tinggal quran.

Malam-malamnya diisi dengan ulangan hafazan.

Siap tulis lagi kalam suci itu untuk kukuhkan ingatan.


Siapa sangka di saat manusia akhir zaman macam kita yang leka dengan 1001 distraction di era media sosial..Allah hantarkan dia sebagai peringatan untuk buktikan bahawa masih wujud hambaNya yang mencintai quran sepenuh hati.

Allah.. hinanya diri ini..


Ampunkan kami Ya Allah atas kelalaian kami.Berikanlah kami kekuatan untuk beramal seperti hamba2 yang dicintai Mu.


Wahai adik Nurly..pemergiaan mu memang layak dicemburui..Terima kasih kerana telah membuktikan Al-Quran itu benar-benar memberikan rahmat kepada pembacanya...

Alia Basirah WM

Masih berusaha menginsafi diri sendiri




Thursday, 12 June 2025

Sama tapi tak serupa

 



Selepas bye-bye anak pergi sekolah, aku buka cerita Tanyalah Ustaz. Pagi-pagi aku suka tonton rancangan agama dulu. Bagi ‘vibes’ positif sikit.


Seingat aku, waktu kecil dulu pun pun, Umi akan buka ceramah agama pada awal pagi. Jadi adik-beradik aku dulu, sambil sarapan kami dah kena dimotivasi. Laman Nurani. Itulah nama program agama yang arwah umi selalu buka.


Okey, tajuk rancangan Tanyalah Ustaz hari ini ialah Cintai Sahabat Nabi. Jujurnya aku tak sempat nak dengar semua. Tapi ada satu ungkapan yang terlekat dalam kepala aku.


Ustaz kata:


Ada satu sahabat nabi. Dia kaya, hartawan tapi tersangatlah dermawan. Hampir semua hartanya digunakan untuk membangunkan Islam.


Ada sahabat Nabi… kaya… tapi lama-kelamaan dia rasa kekayaan tu buat dia makin jauh dari Allah. Dia pun tinggalkan kekayaan dia dan jadi sezuhud-zuhud manusia.


Jalan dua sahabat ini jelas berbeza. Tapi matlamatnya sama. Radhiallahuanhu, wa radhu anhu.


Alia  Basirah WM

Masih belajar

Post terbaru

Google Voice Typing