Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Saturday, 6 December 2014

Homework: Burden vs Sharpen




Alhamdulillah atas segala ilmu kurniaan Allah, Moga Allah terus memberi kekuatan untukku menulis segala ilmu yang dianugerahkan kepadaku

Hari ini aku belajar lagi ilmu perkembangan manusia. Kali ini tentang zaman akhir kanak-kanak. Hari ini isu yang dibangkitkan adalah sejauh manakah had untuk seseorang guru memberikan kerja sekolah kepada anak murid.Kerja rumah menjadi satu kaedah berkesan bagi membantu pelajar untuk menguasai sesuatu subjek dengan baik. Menurut kajian terdahulu, pelajar Asia mempunyai prestasi akademik yang tinggi berbanding pelajar Eropah. Ahli akademik barat ternyata cemburu dengan perkara ini lantas mengkaji  dan membuat penemuan bahawa kerja sekolah menjadi  faktor nya. Walaubagaimanapun, dalam dunia akademik di Malaysia, lambakan kerja rumah menjadi bebanan yang besar kepada pelajar sekaligus menyebabkan mereka mudah bosan dan muak untuk mempelajari subjek berkenaan. Oleh itu penambahbaikan perlu supaya pelajar tidak bosan melakukan kerja sekolah yang dilihat berorientasikan buku semata-mata.

Untuk menjadikan pelajar minat dan lebih kreatif terhadap subjek yang dipelajari, guru perlu membantu pelajar dengan memberikan kerja rumah yang membantu pelajar melihat skop pembelajaran yang lebih meluas. Dalam kata lain jika guru itu mengajar sains, bagaimana kaedah yang guru tersebut harus gunakan supaya pelajar menghayati sains yang dipelajari

1)      Menyuruh pelajar mencari daun berurat jejala dan daun berurat  selari dan di tampal di dalam buku
2)      Mencari sebab kenapa ketika hujan, cermin depan kereta menghasilkan wap jika pendingin hawa tidak dipasang
3)      Mengapa mata kucing boleh memantulkan cahaya pada waktu malam
4)      Membuat projek litar elektrik untuk aplikasi keselamatan

 Contoh soalan dalam subjek matematik

1)      Berapakah jarak masa (dalam minit)yang diambil dari sekolah ke rumah anda dengan tepat
2)      Berapakah harga terkini kereta Perodua Axia di pasaran?
3)      Berapa sukatan tepung yang digunakan untuk membuat cucur untuk lima orang?
4)      Buat projek 10 budak hitam

In sha Allah, dengan wujudnya soalan-soalan begini, ia akan membuka minda para pelajar tentang subjek dipelajari di samping dapat menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Selamat mencuba!!

Tuesday, 2 December 2014

Lihatlah dengan mata hati




Semasa merayau-rayau di sebuah padang pasir yang gersang, seorang pemuda terjumpa mata air yang sangat jernih dan lazat. Air yang manis itu diisi ke dalam bekas yang diperbuat daripada kulit untuk dibawa balik kepada gurunya.

Selepas empat hari perjalanan, pelajar itu bertemu gurunya dan memberikan air yang lazat tersebut kepada guru itu. Guru itu meminum air itu dan sangat menikmatinya. Beliau sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada pelajarnya itu kerana memberi peluang kepadanya untuk menikmati minuman lazat tersebut.

Kemudian, pelajar tersebut meminum air tersebut. Puih!! Dia meludah. “Rasanya sungguh teruk. Air ini dah menjadi basi kerana bekas kulit yang lama itu”

Pelajar tesebut sangsi dengan gurunya lalu berkata: “Guru, air itu dah basi, kenapa guru berpura-pura sukakannya?”

Gurunya berkata, “Kamu hanya merasai air tersebut, tetapi saya menikmatinya sebagai hadiah” Air di dalam bekas tersebut adalah tanda kasih sayang kamu dan tidak ada yang lebih manis dari itu.”!!

Moral

Mungkin kita akan lebih memahami cerita ini sekiranya kita pernah menerima hadiah daripada kanak-kanak. Biarpun hadiah itu mungkin gumpalan kertas yang diconteng atau origami kapal yang berkeronyok, respons terbaik adalah untuk kita menghargai perkara tersebut kerana idea yang terdapat dalam hadiah tersebut. Malangnya kebanyakkan kita pada hari ini menilai sesuatu pemberian dengan berdasarkan mata kasar semata-mata tanpa melihatnya dengan mata hati (perasaan). Kita sepatutnya mendidik diri kita dan kanak-kanak untuk menghayati keindahan sesuatu pemberian dan mengungkapkan rasa syukur terhadapnya. Akhirnya barulah hadiah dari hati akan terkesan di hati!!

Agar hati rindu Syurga




Alhamdulillah

Semalam aku berkesempatan menghadiri mabit yang diadakan di rumah akhwat di Bertam, Pulau Pinang. Seronoknya berukhwah kerana Allah. Kita akan rasa dimesrai oleh sesiapa sahaja di sekeliling kita. Kesemua sahabat dari Kedah, P.Pinang dan Perlis melepaskan rindu selepas sudah lama tidak bertemu mata. Seusai solat isyak, kami berkumpul untuk mendengar pengisian daripada Ukhti Rafisah Latiff merangkap kakak kepada Ukti Norhafizah Latiff, akhwat Terengganu. Beliau datang bersama anakandanya, Saifullah. 

“Agar Hati Rindu Syurga” Itulah tajuk pengisian malam tadi. Beberapa minggu lepas, pernah juga murobiyyahku mengirim gambar muka depan buku tersebut melalui whats up, tapi aku boleh buat tak tahu je..hehe..teruknya..Maklumlah kalau perkara kat alam maya ni, kadang-kadang kita akan tengok sepintas lalu je. Sebelum pengisian bermula, buku “Agar Hati Rindu Syurga”  versi fotostet diedar-edarkan. Untuk aku pun dah ada satu. Pelik juga masa tu, “aik..bila masa pulak aku tempah buku ni?”, hatiku tertanya-tanya. Rupa-rupanya murobiyyah aku yang tolong belikan dengan  menggunakan duitnya terlebih dahulu. Baiknya…Thumbs up utk Kak Tiqa !!! [Senyum Ceria]

Haa! inilah dia bukunya...Baca tau!!

 Menarik juga intipati buku ini. Membaca  tajuk bukunya sahaja sudah cukup menenangkan. “Agar hati rindu Syurga”. Syurga oh Syurga. Apabila membuat refleksi pada diri, jelas hatiku sendiripun masih belum mampu untuk merindui syurga sepenuh hati. Barangkali jiwa ini sudah dikotori cinta dunia yang berlebih-lebihan, walaupun bersifat sementara, namun cukup memukau untuk terus mengaburi kehidupan  hakiki kita di akhirat kelak. Ya Allah, teruk hati kita sebenarnya…..Oleh itu marilah kita beristighfar sebentar untuk menghakis karat-karat mazmumah yang terkumpul di hati kita.

Astaghfirullah hal a’zim (7x)

Rupa-rupanya aku pun terleka dengan kehidupan dunia. Tersentap juga aku malam tadi apabila Ukhti Rafisah membuka balik lembaran sirah golongan syahidah pertama dalam islam…siapa lagi kalau bukan Sumaiyyah. Hatta Sumaiyah pun terpaksa menelan kesakitan, diseksa, dibogelkan, dipijak-pijak maruahnya dan disula oleh golongan Kafir Quraish laknatullah demi untuk meraih syurga Allah…

Kita? 

Apa pengorbanan yang kita sumbangkan untuk Islam?

Sebenarnya sangat sedikit, ibarat setitik air, mungkin kurang dari itu…
Sedangkan syurga itu sangat mahal…M-A-H-A-L!! Tiada harganya…

Dalam buku karangan Khalid Abu Syadi ini, beliau menggesa kita untuk berlumba-lumba menuju ke syurgaNya. Beliau mendapat inspirasi daripada ayat Quran yang berbunyi:

Dan bersegeralah kamu menuju keampunan tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa [Al-Imran,2 :133]

Analogi orang berlumba

Sekiranya kita melihat orang berlumba dalam olimpik, atau sebagainya, adakah mereka akan duduk-duduk bersembang kosong sambil minum ais kacang di garisan mula… Ooh…sudah tentu tidak!! 

Kalau ini yang mereka lakukan, pasti orang lain akan meragui kebolehan mereka untuk berlumba. Bahkan mereka akan dihalau keluar dari track kerana tidak serius tentang perlawanan yang bakal dihadapi. Perhatikan apa yang sebenarnya yang mereka lakukan…. 

YA!! Memanaskan badan atau menyediakan diri untuk berlumba

Sekiranya ingin memulakan larian seorang pelari tersebut perlulah mempunyai keadaan fizikal yang sempurna dan tahap kecergasan yang tinggi. Pelari itu juga perlu mempunyai ketahanan mental yang kukuh supaya tidak mudah cepat berputus asa. Begitu juga dengan kita. Untuk berlumba ke syurga, paling tidak kita sudah beriman dengan rukun iman dan islam. Solatnya sudah cukup lima waktu, pelaksanaan puasa dan zakatnya tiada masalah. Al-Quran sering dibaca dan diambil pengajaran melaluinya. Itu merupakan perkara asas. Jika diri kita tidak dihiasi ciri-ciri di atas, maka kita ibarat pelari yang lesu, tidak cergas dan kehausan tenaga  untuk memulakan larian.

Ketika tembakan ditujukan ke langit menandakan bermulanya larian kebiasaannya pelari akan memecut cuba meninggalkan pesaing-pesaingnya di belakang. Kasut yang dipakai ibarat menghasilkan percikan-percikan api kerana pelari berlari dengan kelajuan maksimum. Tidak ada istilah “jangan pandang belakang “dalam hidup mereka. Realitinya kita pada hari ini, larian kita mungkin sangat perlahan. Orang lain memecut, kita berlari-lari anak. Kita terlalu memandang remeh matlamat yang ingin dicapai. Kita melengah-lengahkan masa. Tidak serius.Membiarkan sahaja orang lain meninggalkan kita tanpa bersemangat untuk mengejar mereka kembali. Sebenarnya, kita boleh mengejar mereka…bagaimana??

Contohnya, jika kita baru merancang untuk menulis buku, berusahalah walaupun dengan bertatih untuk menulis, adakan cita-cita untuk menulis lebih baik daripada penulis sedia ada..bersainglah dengan mereka untuk berbakti kepada masayrakat. Percayalah, jika semua orang berlumba berbuat baik nescaya tiada penderitaan yang mampu bertapak di bumi ini…..

Ilmuwan terdahulu pernah menukilkan:

Dalam konteks dunia, lihatlah orang yang kurang benasib baik berbanding kita, tetapi dalam konteks akhirat, lihatlah orang lebih baik berbanding kita 

Dalam kata lain kejarlah mereka, kita mestilah mempunyai semangat untuk  bersaing dengan orang yang lebih banyak amalannya daripada kita. Kita perlu cemburu kepada mereka kerana mungkin darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Agaknya siapalah kita di sisi Allah?

bak kata ustaz Zahazan Mohamed, jika kita ingin tahu siapa kita di sisi Allah, lihatlah kedudukan Allah disisi kita. Berlumbalah untuk merebut kedudukan yang paling dekat disisi Allah. Doakanlah agar Allah menambahkan kita kekuatan untuk untuk terus tsabat dalam perlumbaan menuju Jannah dengan mematuhi saranan 

Fastabiqul Khairat….(Berlumba-lumbalah ke arah kebaikan)

Akhir kata pastikan kita mengakhiri destinasi kita dengan  menapakkan kaki kita sebagai juara di Syurga Allah

Sungguh, orang beriman dan mengerjakan kebaikan , mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,itulah kemenangan yang agung [Al-Buruj, 85:11]

Jom berlumba ke syurga!!!

Ready...Set.. Go!!!



Post terbaru

Ada masa aku penat