Bila cita-citamu menulis, tulislah di mana sahaja anda berada, di stesen bas, di pasar raya, di hospital atau di mana-mana sahaja. Moga variasi tempat itu mampu memberikan nafas baru dalam penulisan kita. Kita akan mula menjadi pemerhati, penilai dan pemikir yang kritis untuk terus mencari makna di sebalik kehidupan ini. Jika anda menulis di mana-mana, sebenarnya anda telah membantu mewujudkan persekitaran yang baik untuk masyarakat sekeliling. Sesungguhnya itu jauh lebih baik daripada merokok, termenung, berselfie atau bermain 'games'. Menulis itu perlukan daya fikir. Di samping otak ligat mencari kalimah, setiap pergerakan di alam sekeliling, bunyi, malahan bau akan tersinergi dan menyediakan latar yang menarik dalam penulisan kita.Menulis itu adalah latihan.Semakin luas skop latihan semakin kreatif penulisan kita. Kalau latihan itu mengundang letih, ketahuilah itu ialah keletihan berbaloi.Tidak ada harta pusaka yang terbaik untuk ditinggalkan di muka bumi ini melainkan tulisan. Kerana tulisan itu ekspresi ilmu yang mencetus tahu dan merangsang mahu.Mahu itu akan terpancar pada orang yang ingin tahu, seterusnya mewujudkan tindakan. yang dinamakan AMAL. Amal itulah yang mahal. Berapa ramai orang yang tahu tapi tidak beramal.Kerana akhirnya kehidupan dan kematian kita adalah soal amal. Jika baik amalnya, ke syurgalah kita. Jika buruk amalnya, ke nerakalah kita. Oleh itu pilihlah yang terbaik kerana amal hanyalah di dunia. Dan aku memilih untuk menulis..menulis dan terus menulis sebagai amalku di dunia...Bidznillah
Wednesday, 18 March 2015
Tuesday, 10 March 2015
Tulisan ini demi Ilahi
Wahai penulis, marilah menulis demi Illahi. Sama-sama
menggerakkan pena menyebarkan kebenaran. Sama-sama berjuang meng’iqrak’kan
masyarakat yang akhirnya menjulang peradaban Islam. Kata Abdullah Azam,
perjuangan melakar peradaban Islam itu ada dua faktornya. Hitam tinta para
ulama dan merahnya darah para syuhada.
Oleh itu pilihlah wahai sahabat, mana satu yang menjadi
wasilahmu bagi menebarkan jalur dakwah di medan kita. Aku memilih yang hitam.
Kerana aku percaya disitulah kekuatanku. Walau bertatih, inilah jalanku. Dan
ketahuilah, aku akan berusaha untuk terus
menulis biarpun seribu halangan datang menerpa, biarpun kirimanku tiada berbalas,
biarpun futur menguasai diri biarpun tiada pembaca yang setia mengikuti, biarpun
umurku sudah tua, kerana aku yakin tulisan ini akan pasti sampai kepada yang
lebih sudi untuk memaknai. Seterusnya memanifestasikan ilmu, menjana
transformasi.
Siapa aku untuk memaksa orang membaca, aku hanya menyediakan tulisan. Tulisan yang menyuluh
kehidupan, bagi siapa yang ingin mengesan, supaya hati sentiasa terkesan seterusnya
menyuburkan pesan-memesan.
Itulah impak tulisan. Kata Paroedya Ananta Toer, orang boleh
pandai setinggi langit, tetapi selama tidak menulis, ia akan hilang dalam
masyarakat dan sejarah, menulis itu bekerja untuk keabadian. Walaupun kita
mati, tulisan kita akan terus hidup hingga Qiamat. Itulah magisnya tulisan.
Tulisan dijelmakan melalui pembacaan. Orang yang banyak membaca namun tidak
menulis, maka itu adalah orang yang sakit.Seperti orang yang makan dan minum
tetapi tidak BAB (buang air besar).
Kata Imam Ghazali, kalau kamu bukan anak raja dan engkau
bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis. Senyum. Ya, Aku akan jadi
penulis. Tidak syak lagi!!!
# Tulis sokmo deh.
Friday, 6 March 2015
Pengorbanan memerlukan keberanian
Suatu hari seorang lelaki telah
tersesat di padang pasir yang luas. Dia hampir mati kehausan. Tetapi dia
memaksa diri untuk terus berjalan
sehingga sampai ke satu pondok kosong yang terbiar. Pondok itu kelihatan sangat
usang sekali. Tingkapnya tiada dan dinding mula mereput dek kepanasan yang
membahang. Ketika menjengah ke dalam dia ternampak pam air yang sudah berkarat.
Dengan kudrat yang berbaki, terus dia meluru ke pam air tersebut dan
mengepamnya. Malangnya, sudah puas dia mengepam, tiada setitik air pun yang
keluar dari perigi tersebut.
Kemudian dia terperasan bahawa
terdapat jag kecil dengan gabus di atasnya berhampiran pam itu. Di luar jag itu
tertulis, kamu harus isikan pam itu dengan air, “kemudian penuhkan balik jag itu sebelum kamu pergi”. Apabila dia
membuka gabus tersebut, dia terkejut kerana air penuh di dalam jag itu.
“Patut ke aku membuang air ini
kembali ke dalam pam? Macam mane kalau ianya tak berfungsi? Kalau tak semua air
ini akan hilang dan aku pasti akan mati kehausan.Apatah lagi membuang air ke
dalam pam berkarat berdasarkan arahan yang langsung tak masuk akal.Fuh”
Walaubagaimanapun, nalurinya
mendesak untuk dia mengikut pesanan itu. Kemudian, dengan yakinnya dia membuang semua air di dalam jag ke dalam pam
tersebut dan mengepamnya dengan sekuat mungkin. Teka apa yang berlaku? Semua
air memancut keluar. Akhirnya dia boleh menikmati sehingga hilang
dahaganya. Akhirnya dia mengisi kembali air di dalam jag tersebut lalu
menutupnya. Dia kemudian menambah sedikit nota pada kertas tersebut dengan
menulis, “Percayalah, ia memang berkesan. Kamu harus memberikan kesemuanya
sebelum menikmati apa yang kamu inginkan.”
Moral:Pengorbanan memerlukan
keberanian, Apabila kita belajar memberi, Tuhan akan memberi kemampuan untuk
kita memberi lebih banyak
Diterjemahkah dari artikel
facebook Learning of The Day
Semoga bermanfaat.Angkat ibu jari tangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


